Tuesday, May 17, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI






setelah digoreng terserlah keseksian Ayam goreng Berempah ni, tak sabar cik abe nak ngap ...
mcm nilah ruper dia kalau belum digoreng.. belum masak pun dah sedap tau...nikan pulak dh masak lagilah sedap.




Cikna tergoda betul dgn ayam goreng berempah ni, nak buat tak delah susah sangat, bahan2 plak semuanya mmg ada dlm gobok cikna...check dalam aisbox ada plak serai emmm apa lagi ambik baki ayam yg cikna buat gulai tadi mulakan projek mlm ni... mmg tak di sangka2 cempedak menjadi nangka sedap betul ayam goreng ni mmg next projek mmg wajib cikna buat untuk sajian keluarga... cik abe pun bagi angkat tangan tanda sedap, sampai ketulang dilapahnya tulang ayam tu... errr buruk benor abe.. kalau sedap sangat pun janganlah buat gitu malu deh kat org...heheh bukan ada org pun hanya cikna jer peneman dia makan malam ni, anak2 dh cikna ambat suruh tido awai.. esokkan nk sekolah so knlah tido awai kang terbabas lagi... tak mo..tak mo... Oklah jom kita layan resepi yang cikna dapat dr blog cik love, minta izin yer cik love2cook-msia cikna nk share resepi sedap ni kat sini, tq daun keladi resepi cik love mmg sedap...




LEMONGRASS FRIED CHICKEN

~ AYAM GORENG BEREMPAH SERAI



Bahan2 yg diperlukan:


  • 1 ekor ayam - dipotong sederhana, ~ cuci bersih ketepikan

Bahan dikisar bersama;


  • 6 ulas bawang putih

  • 7 ulas bawang merah

  • 2 inci halia

  • 3-4 batang serai

----------------------------



  • 3 s/b cili kering - ikut kesesuai anda

  • 2 s/b serbuk kari- ikut citarasa anda

  • 1/2 s/k serbuk jintan manis

  • 1/2 s/k serbuk jintan putih

  • 1/2 s/k serbuk ketumbar

  • 1/2 s/k serbuk 5 spices - cikna x letakpun

  • garam, aji, gula (secukup rasa)

  • minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara2 memasaknya:-


  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.

  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.

  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.

  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

No comments: