Monday, July 29, 2013

KEK LAPIS PRUNE SUNSWEET



Kek Lapis Prune SunSweet~
(loyang 7inci)

Bahan2nya:
300g buttercup
200g gula halus
7biji telur ayam}A(pukul dlm bekas berasingan smpai kembang)

250g tpg hong kong
100g horlick
4sb susu pekat manis
1sb ovellatte
1sb esen vanila
100ml air sejuk
*kaler biru, pink, kuning
*buah prunes(sunsweet)

Cara2nya:
-pukul butter, ovellate dn gula sehingga putih n kembang
-masukkan susu~putar sebati
-masukkan telur~putar
-masukkan tpg, horlick,}pukul sebati
-last sekali masukkan air sejuk}pukul sebati
-adunan siap!
-bhgikan samarata adunan tersebut sebnyk 9cup dn kalerkan
~3-biru
~3-pink
~3-kuning
*buah prunes sunsweet, iainya nmpk basah dn tanpa biji digunting halus pabila membuat taburan diatas lapisan nanti.

Cara Pembakarannya:

*GUNA LOYANG bersaiz 7inci~sapu loyang dgn butter dn tabur tpg disekeliling loyang, lapikkan guna kertas minyak/putih

1.biru (api atas bawah 250'c 3-5min sehingga masak)
2.biru-tabur prunes (api atas shja, 230'c 3-5min sehingga masak tk*lapis 2-9)
3.biru-tabur prunes
4.pink-tabur prunes
5.pink-tabur prunes
6.pink-tabur prunes
7.kuning-tabur prunes
8.kuning-tabur prunes
9.kuning-tabur prunes

*siap!!! slmat mencuba!
by: Rohaimi Ahmad

Sunday, July 28, 2013

TEMPAHAN KEK COKLAT MOIST

Tempahan dari Mudiana Mudin tq yunk

* berminat untuk menempah sila whatsapp/sms ke 0173510013

CRUNCY CORNFLAKES CHOCOLATE CHIP COOKIES

Wah... panjang melebar nama sekut ni..

Assalamualikum semua..

teringin nk buat sekut raya maka terhasillah sekut yg sangat sedap dan rangup bak kata mak den biskut ni boleh juallah sedap rasa dia sedang elok x manis sgt.. td tgh sekodeng fb IBU ZAI ternampak resepi ni.. ibu minta izin yer lina panjang2kan resepi ni..

Bahan2nya:

(A)
250gm butter
3/4 cup gula perang
1/4 cup gula icing
1 biji telor
1 penutup esen vanilla
* semua bahan diatas dipukul sehingga sebati dan rata

(B)- Ayak bersama
1 1/2 cup tepung gandum/ tpg rose (cr kt kedai bakeri tpg ni sesuai tuk buat sekut lg rangup)
1/2 sk soda
1-2 serbuk koko

(C)
2 cup corn flakes- diramas dan dihancurkan
1/2 cup choco chips
1/2 cup kekacang cincang-option

Cara:
1. Gaul bahan A + bahan B kacau sebati
2. masukkan bahan C plak gaul sebati
3. sudukan adunan kedalam tray dan bakar pada suhu 170'c selama 10-15 minit atau sehingga masak (ikut oven memasing yer)
4. masak dan sejukkan boleh simpan dlm bekas kedap udara

SELAMAT MENCUBA

Friday, July 26, 2013

MY HOMEMADE KIMCHI PUNCAK




















 


























Alhamdulillah akhirnya tercapai gak hajat nk buat sendiri Homemade Kimchi yang semestinya dijamin halal dan bersih lagi selamat dimakan... keputusan dari pencapaian ni sangat2 membanggakan cikna dh jadi org korea plak rasanya ahak mentang2lah pengaruh KPop kat umah ni mmg kuat sampai makan pun nak ada Kimchi gak.. biasanya kalau dh mengidam sangat2 cikna ajak Lokong g seoul garden makan steamboot kat sn mmg lepaslah rindu dendam tp makan kat sn banyak mana kita boleh makan kan nak tapau bawak balik lagilah x boleh heheh sabau jerlah mmg x pernah dibuat org tau malukan kak jenab jer kt org kampung hehe... 

tentu korang pelik kan sedap sangat ker kimchi ni sampaikan org yg jauh pun datang cr kimchi.. nk kata sedap tu mmg sedap kat tekak aku ni x thlah org len kan.. tp kalau yg biasa makan mmg tahu penangan jeruk ni mmg terangkat wa cakap sama lu hihi..

So kalau sapa2 yg berhajat nk cuba buat sendiri kimchi ni silalah cuba resepi ada kt bawah ni yer.. lina CnP kt Fb lina jer malas nak taip panjang2..

MY HOMEMADE KIMCHI PUNCAK
By: Lina Zamri

BahanA: (perapan)
1 biji kobis - cuci, bersih dan hiris besar2
1 mangkuk air
1/2 biji lobak putih/white radish- hiris memanjang
1/4 garam laut/biasa/himalaya - lina pakai himalaya

* campurkan air+garam larutkan sampai sebati dan hancur, kemudian campurkan dgn bahan lain sehingga garam betul2 sebati dgn kobis dan radish. Perap selama 4 jam 
* lps 4 jam cuci sayur sebanyak 3 kali cucian utk mengurangkan rasa masin , perah airnya dan toskan 

Bahan B: (Bahan kisar)

1 biji epal - buang kulit
1 biji pear- sedang- buang kulit
1/2 biji bawang kuning

1 labu bawang putih-buang kulitnya
1 inci halia 

* kisar semua bahan diatas sehingga hancur

Bahan C:
7-8 s/b serbuk cili korea - optional 

8 tangkai aun bawang- potong agak2 5 inci 
3 s/b sos nampla/ fish sos
3 s/b gula

* satukan semua bahan

Cara membuatnya:

1.Campurkan kesemua bahan (A+B+C) gaul sehingga sebati
2. dh siap boleh disimpan dalam bekas kedap udara 
3. selesai boleh simpan dalam peti ais yer... lagi lama lagi sedap 

Nota kaki:
* Kimci ni boleh dimakan sebagai makanan sampingan dan boleh ditambah dalam masakan anda cthnya: telo dadar, maggi, nasi goreng, gulai ikan/udang/ayam/daging dan buat sup kimchi pun emm sedap uuu... 

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, July 23, 2013

TEMPAHAN DIBUKA -KEK BUAH KUKUS (4JAM)

Assalamualaikum semua

Tempahan untuk kek buah kukus dibuka untuk sepanjang musim perayaan dan sepanjang tahun so jangan malu jangan segan sila buat tempahan awal yer agar anda tidak kempunan nanti heheh... apa tunggu lagi sila add lina di FB yer https://www.facebook.com/RoszalinaRahman

KEK BUAH KUKUS (MOIST)
- dikukus selama 4 jam
- buah campur yang banyak ( ai x kedekut tau mmg berbaloi dgn setiap nilai yg dibayar) ^_^

KUIH LAPIS PELANGI / RAINBOW

 

Bahan2nya:
(Tapis,sukat adunan jadi 1500ml)
Loyang size: 8 inci

(A)
265gm Tepung Beras cap teratai (cap lain kuih jadi lembik)
30gm Tepung Gandum
30gm Tepung Ubi
250ml Santan pekat
250ml air biasa

(B)
250gm Gula pasir *
500ml Air *
2 helai daun pandan - koyak2kan dan simpulkan
( masak semua bahan sehingga gula hancur dan mengelegak)

Cara membuatnya:
1. Timbang semua bahan A dan bancuh sehingga sebati
2. Masukkan Bahan B yg tengah panas kedalam bahan A, kacau sebati
3. Tapis dan sukat bancuhan menjadi 1500ml
4. Bahagi bancuhan menjadi 2 bahagian (1 bhg merah 750ml & 1 bhg kaler putih 750ml)
5. Untuk Lapis rainbow bhgkan 6 bhg - 250ml setiap 1 bahagian (putih,ungu,biru,hijau,kuning,pink) * rujuk gambar diatas yer
6. Sediakan loyang 8 inci lapis dgn plastik dan glis dgn minyak
7, Mula kukus dgn lapisan bawah (putih) selama 5 minit dgn api besar
8 Diteruskan dengan kaler ungu dan lapisan seterusnya sehingga habis
9. lapisan terakhir (PINK) kukus selama 15minit sehingga masak.
10. dah siap sila sejukkan betul2 kemudian baru potong yer..

*  JANGAN POTONG KUIH TALAM AND SEMASA KUIH TGH PANAS NNT POTONGAN TAK CANTIK.

Thursday, July 18, 2013

Cara-cara utk hasilkan bentuk TART TULIP

utk panduan kawan2....sy post disini harap2 dapat membantu ye....

1. canai doh dan terap guna acuan tart nyonya
2. ambik doh letakkan ditapak tangan
3. letak inti nenas ditengah2 doh td
4. cantumkan bahagian kiri dan kanan pd bawahnya untuk btk bunga tulip kemaskan supaya nmpk cntik
5. cantumkan kelopak tampuk pd tgh2 di bahagian bawahnya
6. cantumkan kelopak pd sisi kanan
7. cantumkan kelopak pd sisi kiri...kemudian kemaskan cantuman utk nmpk lbh cntik
8. kemudian letakkan didalam paper cup...sedia utk di bakar


(Foto credit to FB zawati zainuddin)