Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

KUIH LAPIS PELANGI / RAINBOW

 

Bahan2nya:
(Tapis,sukat adunan jadi 1500ml)
Loyang size: 8 inci

(A)
265gm Tepung Beras cap teratai (cap lain kuih jadi lembik)
30gm Tepung Gandum
30gm Tepung Ubi
250ml Santan pekat
250ml air biasa

(B)
250gm Gula pasir *
500ml Air *
2 helai daun pandan - koyak2kan dan simpulkan
( masak semua bahan sehingga gula hancur dan mengelegak)

Cara membuatnya:
1. Timbang semua bahan A dan bancuh sehingga sebati
2. Masukkan Bahan B yg tengah panas kedalam bahan A, kacau sebati
3. Tapis dan sukat bancuhan menjadi 1500ml
4. Bahagi bancuhan menjadi 2 bahagian (1 bhg merah 750ml & 1 bhg kaler putih 750ml)
5. Untuk Lapis rainbow bhgkan 6 bhg - 250ml setiap 1 bahagian (putih,ungu,biru,hijau,kuning,pink) * rujuk gambar diatas yer
6. Sediakan loyang 8 inci lapis dgn plastik dan glis dgn minyak
7, Mula kukus dgn lapisan bawah (putih) selama 5 minit dgn api besar
8 Diteruskan dengan kaler ungu dan lapisan seterusnya sehingga habis
9. lapisan terakhir (PINK) kukus selama 15minit sehingga masak.
10. dah siap sila sejukkan betul2 kemudian baru potong yer..

*  JANGAN POTONG KUIH TALAM AND SEMASA KUIH TGH PANAS NNT POTONGAN TAK CANTIK.

Tuesday, November 8, 2011

KUIH CARA MANIS


sebelum (proses memasak)




yummm..yummmm sedap lemak berkrim disukai ramai



cikna upload gambar dulu yer... later on baru cikna masukkan resepinya kayyyy.....

Monday, May 23, 2011

CEKODOK SAYUR AIR PANAS


CEKODOK SAYUR AIR PANAS
* rangup diluar, lembut didalam

Bahan2nya;-

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kobis- diracik halus
1 biji bawang merah besar- dihiris
1 s/besar udang geragau- cuci,tapis, ketepikan
--------------------------------------
Bahan cecair
* garam-secukupnya
* 1/2 s/kecil pati ayam
* air panas-secukupnya
~ bahan yg bertanda * hendaklah dibancuh sekali yer...
---------------------------------------
Minyak secukupnya

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan tersebut (kecuali bhn yg dicampur air) didalam mangkuk besar,
2. masukkan bahan cecair secara sedikit demi sedikit dan kacau dengan segera supaya bancuhan tidak bergentel...
3. Ulang langkah 2 sampai habis.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya.
5. kemudian goreng bancuhan tepung sehingga habis, dan menjadi seketul cekodok yang seksi seperti yg cikna buah dibawah yer...
6. dah siap goreng bolehlah dimakan bersama sambal kesukaan anda atau ikut jer mcm cikna buat cicah dgn sos cili life..emmm sedap...garing diluar dan lembut didalam....



SELAMAT MENCUBA KAWAN2....KALAU SEDAP HABAQ KAT TEMAN2 YG LAIN...

APAM COKLAT CHIP



Bahan2nya ;-

Bahan (A) ni ayak sekali yer..
1 cawan tepung gandum
1/2 s/k soda bikarbonat
1/4 cawan serbuk koko
-------------------------------------
1/2 cawan gula pasir + 2 s/b
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 s/k ovellet
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak/ mentega

Cara-cara membuatnya;-

Pukul telur bersama gula sehinga kembang
1. kemudian masukkan bahan A, kacau sehingga sebati, masukkan susu cair, susu pekat, ovellet kacau lagi sehingga kesemua bahan2 menjadi sebati ,
2. akhir sekali bolehlah masukkan pula minyak sedikit demi sedikit sehingga habis kacau lagi dan ketepikan sebentar sebelum dikukus.
3. Sapu acuan lompang dengan minyak, tuang adunan kedalam acuan jgn sampai penuh tau sbb nnt apam akan mengembang naik.
4. Kukus adunan selama 5 minit agak2 suku masak bolehlah dihiaskan dgn coklat chip. kukus lagi hingga adunan betul2 masak selama lg 10 minit sahaja.
5. ulang langkah 3 & 4 sehingga adunan apam habis.
dah masak sejukkan kemudian bolehlah dihidangkan utk minum petang...

Thursday, May 19, 2011

KUIH LAPIS MERAH PUTIH



Selamat pagi semua,

hari ni kita citer skit pasal kuih lapis plak yer... saja cikna nak cabar diri sendiri tengok pandai dak buat kuih yg banyak layer ni..heheh mcm x pernah buat kan tp sebenarnya mmg cikna tak pernah buat pun kueh ni... bukan apa pening dok fikir resepinya ada mcm2 versi, emmm alih2 cikna buat reka sendiri resepi kuih lapis ni... try n error kan tak cuba x tahu betul tak??? mula2 tu mmg rasa mcm x yakin jer takut tak jadi kan dah membazir bahan2 tu kn experimen cikna tak pasal2 jer cik tong yg kn baham kan...hehhehe sian cik tong sampah, asal tak jadi jer dia yg jadi mangsa.

tengok org lain punya kuih muih cuit miut jeles plak cikna, so tingin gaklah nak kukus kuih lapis ni boleh gak memeriahkan lagikan menu santapan kat blog cikna ni tak delah sunyi sepi mcm dalam gua yer tak... at least ada gaklah N3 baru setiap hari sementara cikna tgh kemarok memasak ni... sok2 kalau datang penyakit "M" cikna tu mmg tak berasaplah dapur tu, jangan kata nak masak nasi masak air pun cikna malas (cehhh ceneke pakai water dispenser nak buat apa masak lagi cik na oiiii hehhehe)...

oklah jom kita lihat resepi dan gambar2 kuih lapis yg sempat berposink kat blog cikna ni... silalah yer jemput makan jangan malu2....

KUIH LAPIS MERAH PUTIH
By Cikna aka Lienazamri
Tempoh siap: -+ 45 minit

Bahan-banan A:
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gandum
1 kotak (200ml) santan segera
2 s/b tpg ubi/kanji
secubit garam
----------------------
Bancuh sekali,kemudian tapis:-
1 cawan Gula
1 cawan air panas mengelegak
1 helai daun pandan
-----------------------
pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.kemudian campur kedua2 bahan menjadi satu.
2. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian didalam bekas berasingan.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal/putih.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Ulang langkah 5 dan 6 berselang seli sehingga adunan habis.
8. Dah siap, biar betul2 sejuk dan potonglah untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA YER....


Saturday, May 14, 2011

Projek mengukus lagi...KUIH KASWI

Assalamualaikum semua,

emmm harini cikna buat lagi kuih kaswi heheh... mcm org mengidam plak yer, kes semalam x pueh makan arrr... yolah buek ciput mano nak pueh kan.. abis buek pun utk htr kek surau tahlil arwah .. cik abe dapat makan 2 ketul jer... tapi harini cikna buat versi lain dari yg lain sikit, bahan2 ada yg sama tp berbeza sikit, cara buat masih sama dun wori be happy, dapat plak mmg banyak gilo 1 kampung den buleh jamu tau... dapek lah cikna bagi jiran2 sikit sorang air tangan den ni ha..nak kato sodap sgt entahlah tp kalau x sodap krg buek bodoh jorlah yo...heheheh sabau jerlah. Oklah cikna tak nak melalut panjang lebar, moh ler kita tgk gambar foto gedik kuih kaswi chomel cikna tu.... agak2 leh masuk bertanding tak nnt jangan lupo msg cikna yo.. sekali sekala nak gaklah interprem jap hahahah cikna dah merepek meraban dahhhhhhh....
jomlah layan yer....


ada yg terliur dh tu... lap cepat nnt basah keyboard tu kang

mengancam tak??? merpati 2 sejoli giteww...

KUIH KASWI CUTE
(dapat dlm 50-60 biji)
Tempoh penyediaan: -+45 minit

Bahan2nya:

1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras + 2 s/b lg
1/2 cawan tepung kanji
3 s/b air kapur
1 s/b color pink
1 s/b emulca capuccino
sedikit garam
daun pandan
acuan lompang - glis dgn minyak dulu.
Kelapa parut putih- kukus dulu tkt basi
garam sedikit

Cara:

1. Didihkan 2 cawan air+gula pasir+gula merah + daun pandan gula sehgg larut. Tutup api, tapis, ketepikan dan masukkan baki 3 cawan air supaya air gula tadi cepat sejuk.
2. Satukan kesemua tepung2 + sedikit garam didalam mangkuk besar, kacau sebati, kemudian masukkan sedikit demi sedikit air gula, jgn berhenti kacau tkt bergentil tuang air gula sehgg habis. kemudian masukkan air kapur kemudian bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian color pink dan 1 bahagian lagi dgn emulco cappoccino kacau adunan sehingga sebati.
3. tuang kedalam acuan yg telah digliskan terlebih dahulu, dan kukus selama 10 minit dgn api biasa. Ulang langkah ini sehingga adunan tepung habis.
4. biar kuih betul2 sejuk, kemudian barulah disalut bersama kelapa putih digaulkan bersama sdikit garam- jgn lp kukus kelapa dulu supaya kelapa x cepat basi.
5. dah siap bolehlah dihidangkan bersama2 minuman kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA YER.....

KUIH KASWI CHOMELKU...

Assalamualaikum kawan semua,

Semalam genap 2 minggu arwah abah meninggal (semoga roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan dirahmati oleh allah s.w.t al-fatihah amin). Kami sepakat nak buat kenduri tahlil untuk arwah, kebetulan mak plak tak sihat so ciknalah yg kn menggantikan tempat mak memasak ...ala cikna masak yg simple2 jer... beehoon goreng dlm 3.5kg (mcm x compedem jer nk msk) + kuih kaswi dlm 50 biji, berpoloh2lah cikna mengacau dan menggodek beehoon 1 kuali bosar tu sowang2... sip baik poloh den x masuk dlm kuali tu, kalau tak ada yg keracunan plak kang wakawakakak tapi alhamdulillah berkat doa mak berjaya gaklah cikna menyiapkan 50 bekas beehoon goreng simpleku.... oklah maleh nak panjang lebar moh ler kita skodeng resepi kuih yang cikna buek semalam yor seperti gambar kek bawah ni ha....



KUIH KASWI CHOMELKU..
(dapat dlm 50-55 biji)
Bahan2nya:


1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras + 2 s/b lg

1/2 cawan tepung kanji

3 s/b air kapur

1 s/b kicap - jgn pelik yer ni utk menghitamkan lagi kuih ini spy color dia cantik.

sedikit garam

daun pandan

acuan lompang - glis dgn minyak dulu.

Kelapa parut putih- kukus dulu tkt basi

garam sedikit


Cara:

1. Didihkan 2 cawan air+gula pasir+gula merah + daun pandan gula sehgg larut. Tutup api, tapis, ketepikan dan masukkan baki 3 cawan air supaya air gula tadi cepat sejuk.

2. Satukan kesemua tepung2 + sedikit garam didalam mangkuk besar, kacau sebati, kemudian masukkan sedikit demi sedikit air gula, jgn berhenti kacau tkt bergentil tuang air gula sehgg habis. kemudian masukkan air kapur dan juga kicap, kacau sebati.

3. tuang kedalam acuan yg telah digliskan terlebih dahulu, dan kukus selama 10 minit dgn api biasa. Ulang langkah ini sehingga adunan tepung habis.

4. biar kuih betul2 sejuk, kemudian barulah disalut bersama kelapa putih digaulkan bersama sdikit garam- jgn lp kukus kelapa dulu supaya kelapa x cepat basi.

5. dah siap bolehlah dihidangkan bersama2 minuman kegemaran anda.


SELAMAT MENCUBA YER.....

Thursday, May 12, 2011

Kuih Kaswi Versi Lompang


ni acuan lompang yg cikna guna, beli kat bagus jer 144pcs - RM15


Bancuhan tepung kuih kaswi , nampak tu senjata yg ada dlm jug tu sentiasa kn ada




Kuih yg baru diangkat dr kukusan



tadaaaa.... nilah hasilnya comel tak??? cutekan mcm cikna ahak perasan tulll.....


Salam semua,

Geram betul cikna penat2 taip n3 harini tetiba plak blog hang aduihhh pedap tul arrr... emmm oklah jomlah kita layan cikna maleh nak membebel panjang dh geram rasanya.

KUIH KASWI Versi LOMPANG

bahan2nya:-


1 helai -daun pandan

1 s/m -coklat emulca/ kicap manis- jgn terkejut beruk plak yer, ni utk memberi color darker lg kat kuih tu

2-3 s/m -air kapur

1/2 cawan -tepung beras- cikna tambah lg 2 s/m

1/2 cawan -tepung kanji/ubi

1 1/2 cawan -tepung gandum

5 cawan -air

1 cawan -gula merah/ 1 ketul besar gula melaka

1 cawan -gula pasir

1/2 cawan - gula perang cik na tambah lg tuk bg sedap tp x delah manis sgt pun

sedikit garam


Hiasan:

Kelapa parut - kukus sebentar untuk mengelak kelapa menjadi basi


cara; nnt cikna taip nak masak jap

Friday, May 6, 2011

APAM KAMPUNG

Tadi masa belek2 kongsi resepi kat fb kat ana ina jumpa lak resepi apam ni... tingat plak uwan den kek kg, dio mmg gomar buek apam ni, kami kalau balik kg mmg selalulah dapat makan kuih apam ni... feberet kami semua... yorlah sepupu sepapat anak sepupu den ramai dekat 40-50 org, so kalau buek kueh ni mmg laku gilo lah, jangan kato kuih apam ni habih asal apo ajo yg ada kek dapur tu mmg tinggal bokeh yo... kalau ms rayo kan banyak kuih rayo indok2 den bawak kalau uwan den x surokkan mmg tinggal habuk yolah...hehehhe... mmg dasyat gilo semua sepupu sepapat anak sepupu den semua ehhh tapi mmg syuok habis asal rayo jer mmg meriah dgn herok pikok gelagat drg.

oklah jom kita tgk, salin, copy resepi yang cik na dapat dari koleksi kak Ana Ina kredit to her...

APAM SAYANG DISAYANG...
Credit to: FB@Ana Ina

BAHAN2NYA:
1 cawan gula merah
1/2 cwn gula pasir
2 1/4 cwn air
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1 peket mauripan
sedikit garam

CARA2NYA:
mauripan direndam hingga berbuih dan kembang.
gula merah dan gula pasir dimasak bersama 2 1/4 air, kemudian sejukkan dan tapis
masukkan tepung gandum dan tepung beras dlm mangkok adunan dan masukkan air gula tadi dan mauripan serta sedikit garam, gaul rata...
sapukan sedikit minyak dlm loyang pengukus...masukkan adunan dlm mangkok pengukus ..biarkan sehingga kembang dlm masa panaskan pengukus..
kukus selama 40 minit..

SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, January 11, 2011

DONUT KENTANG



Sumber: http://myresepi.com/
Gambar dari sumber: Nora Zabri (FB)

Bahan - (A)
  • 2 biji kentang yang direbus(anggaran 250gm), kupas kulit dan biar suam2
  • 1/2 cwn mentega/marjerin
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn air suam + 2 sudu besar air suam
  • 1 biji telur gred A
  • secubit garam

-semua bahan (A) diblender

Bahan - (B)

  • 600 gm tepung gandum
  • 1 paket yis mauripan @ 11 gm
  • 1 sudu kecil baking powder ( pilihan)

- semua bahan (B) digaul bersama

Caranya:

  1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Uli sehingga licin dan rasa mengembang. Biar naik seketika.
  2. Terap dgn acuan donut atau ikut sukalah nak bentuk apa.
  3. Biar naik sekaejap4. Goreng dan hias dgn apa2 saja yg anda suka.Mmg senang membuatnya, cuma yg lamanya nak rebus kentang tu jer. Naikpun sekejap. Cubalah..donut ni tak adalah rasa yis sangat...