Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Sandwich Sardin bersama Creame Cheese

Assalamualaikum...

Petang ni cikna buat sandwich sardin untuk anak2 cikna yg malas g sekolah harini... emmm yerlah kalau g sekolah pun dh x belajar dh, exam dh habis so kebanyakkannya bt xtvt bebas arrr... tu yg drg malas nak g sekolah tu... jimat sikit duit mommy heheh... oklah jom kita tengok resepi sempoi yg cikna hidangkan untuk anak2 cikna kalau suka leh lah cuba sedap....













Sandwich Sardin bersama Creame Cheese
by: Cik Na


Bahan2nya;-



6 keping roti sandwish

2 ekor ikan sardin tin (cikna pakai brand ADABI)

* 1/2 biji bawang besar

* 1/2 biji cili merah besar

creame cheese

6 batang kacang buncis- dicelur

jus lemon/ limau sedikit

garam secubit

B/paper secukupnya

(bahan yg bertanda * hendaklah dipotong dadu)



Cara:

- Gaul semua bahan2 diatas sehingga rata.

- layer kan roti dgn butter/ majerin
- layer kan pulak inti sardin yg telah digaul tadi diatas roti sehingga habis.

- kemudian letak kacang buncis + creame cheese dan tindan Roti diatasnya.

- utk senang dimakan boleh mengikut kesukaan anda . tarray dh siap..... selamat mencuba.

Saturday, April 23, 2011

BINGKA ROTI BERLAUK


BINGKA ROTI BERLAUK

Bahan-bahan ( agak2 se family pun boleh mkn )
  • 8-10 keping roti - High 5/ gardenia pun boleh
  • 2 s/b serbuk kari daging- hot spicy ...
  • 2 biji bawang besar - ptg dadu
  • 5 ulas bawang putih - ptg dadu
  • 2 biji kentang - ptg dadu
  • 1 paket daging cincang - CAP RAMLY ~ kalau x de daging bugger pun sodap
  • 3 s/b minyak sapi/ butter
  • 2 s/b minyak masak
  • 1 s/t serbuk pati ayam
  • 1 s/b mayonis- untuk memberi rasa lemak dan menggebukan lagi bingka berlauk ni
  • garam, gula dan serbuk perasa- ikutlah secedap tekak kecik anda tu
  • 1 magkuk kecik sayur ABC/ campur ( lupalah pulak nak tulis awai2 tadi) - tp cik na tak letak anak2 x suka
  • susu segar untuk mencelup roti- kalau x de air pun boleh
  • 5 biji telur- dipukul sedikit

STEP 2: Cara-caranya:
  • Panaskan kuali masukkan minyak sapi dan minyak masak sekali yer kedlm kuali.
  • kemudian tumis bawang putih bersama bwg merah sehingga wangi dan kuning.
  • masukkan serbuk kari yang dibancuh dgn air tadi kedalam kuali, kacau sehingga serbuk kari betul masak dan terbit minyak.
  • kemudian bolehlah dimasukkan daging cincang bersama kentang tadi, gaul rata, bolehlah ditambah dgn sedikit air supaya kentang cpt empuk. S
  • setelah bahan2 tadi kering sedikit bolehlah dimasukkan bahan2 perisa mengikut citarasa anda. gaul rata dan sejukkan.

STEP 2:

  • Celup roti bersama susu segar.
  • Susun setiap kepingan roti diatas loyang yg telah digliskan dgn butter.
  • diselang selikan dengan inti yang telah siap dimasak tadi sehgg rata, lapiskan sekali lagi dengan telur.
  • ulang langkah pertama dan kedua sehingga habis seperti didalam gambar. sila rujuk kat sini yer....MY RESEPI BINGKA ROTI BERLAUK 
SELAMAT MENCUBA