Monday, May 23, 2011

APAM COKLAT CHIP



Bahan2nya ;-

Bahan (A) ni ayak sekali yer..
1 cawan tepung gandum
1/2 s/k soda bikarbonat
1/4 cawan serbuk koko
-------------------------------------
1/2 cawan gula pasir + 2 s/b
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 s/k ovellet
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak/ mentega

Cara-cara membuatnya;-

Pukul telur bersama gula sehinga kembang
1. kemudian masukkan bahan A, kacau sehingga sebati, masukkan susu cair, susu pekat, ovellet kacau lagi sehingga kesemua bahan2 menjadi sebati ,
2. akhir sekali bolehlah masukkan pula minyak sedikit demi sedikit sehingga habis kacau lagi dan ketepikan sebentar sebelum dikukus.
3. Sapu acuan lompang dengan minyak, tuang adunan kedalam acuan jgn sampai penuh tau sbb nnt apam akan mengembang naik.
4. Kukus adunan selama 5 minit agak2 suku masak bolehlah dihiaskan dgn coklat chip. kukus lagi hingga adunan betul2 masak selama lg 10 minit sahaja.
5. ulang langkah 3 & 4 sehingga adunan apam habis.
dah masak sejukkan kemudian bolehlah dihidangkan utk minum petang...

No comments: