Saturday, May 28, 2011

SAMBAL SARDIN ALA CIKNA


aduih terliur plak dengan sambal ni... tak menahan

sedap tau tak caya cubalah..


Ni bahan2 yang diperlukan simple jer... korang pun boleh buat tau... sedap

SAMBAL SARDIN ALA CIKNA
Bahannya:

-bahan untuk ditumbuk halus




  • 4 ulas bawang merah kecil


  • 3 ulas bawang putih


  • 1 inci halia


  • 1 batang halia - yg ni dititik ajer


-----------------------------------





  • 3 s/b cili kering- yg telah diblender


  • 1 tin besar sardin dlm sos tomato - biasa cikna pakai tin color merah


  • 1 biji tomato - belah 4


  • garam - secukupnya


  • 1 s/b gula


  • 2 helai asam keping


  • 1 cawan air


  • Minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-





  1. Tumis bawang2 tumbuk sehingga wangi, masukkan serai kacau sebati.


  2. Masukkan cili blender secukupnya dan tumis sebentar sehingga cili betul2 masak.


  3. kemudian boleh masukkan sardin dalam tin, masukkan air sedikit untuk kuah.


  4. biarkan mendidih sebentar, kemudian boleh masukkan tomato, garam, gula secukup rasa


  5. Bila dah masak bolehlah dihidangkan, makan panas2 mmg best sangat...


* kalau malas nak makan dgn nasi buat cicah dgn cekodok,lempeng atau roti pun sedap... tak caya cubalah....







Tuesday, May 24, 2011

ACAR SAYUR SEMPOI..




Bahan2nya;-


  • 1/2 biji kecil kobis purple- dihiris halus

  • 1/2 biji carrot - potong memanjang

  • 1 biji tomato - dipotong nipis

  • 1 biji cili merah besar 0 dihirs serong

  • 1 mangkuk nenas - yg telah dipotong baji nipis

  • 1 biji bawang kuning/ holland - dipotong bulat

  • 1/2 biji timun- dibuang biji tengah dan potong memanjang

~ semua bahan dicuci dan direndam dgn air garam sebentar


Dibancuh sekali sehingga hancur:-



  • 4 s/besar gula

  • 1 s/k garam

  • secubit ajinomoto

  • 1/2 cawan cuka

Cara2 membuatnya;-



  1. masukkan sayur2 tadi kedalam mangkuk besar.

  2. kemudian masukkan pula bahan2 B pula, kacau sebati sehingga ia mesra.

  3. Dah siap bolehlah dihidangkan bersama2 ayam masak merah dan nasi minyak atau pun nasi apapun yg anda suka yer...

SELAMAT MENCUBA....

NASI IMPIT KUAH KACANG BERLAUK



NASI IMPIT KUAH KACANG BERLAUK

Bahan2 yg diperlukan:- (6-7 orang)

1 bungkus Nasi Impit- Nona/Adabi
1 Paket kacang Tanah- goreng tanpa minyak
1/2 mangkuk daging yang telah - dipotong kecil2
-----------------------------------------------------
Bahan utk dikisar:-
5 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 s/b Cili Giling* ( ikut suka nak pedas tambah sukatan dia yer)
1 inci Belacan
1 btg Serai- dititik
1 inci halia
2 s/b udang kering- direndam
-----------------------------------------------------
1 keping Gula kabung / Gula Nisan
1/2 cawan minyak masak untuk menumis Garam (secukup rasa)
1/2 cawan air Asam jawa

Cara-cara memasaknya:-
1. Rebus nasi impit segara sehingga beras menjadi masak dan empuk serta pejal, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bhn2 kisar tadi kedalam kuali dan tumis bahan2 tersebut sehingga wangi dan terbit minyak
3. kemudian masukkan hirisan daging tadi,goreng sebentar kemudian boleh masukkan air sedikit dan biar daging empuk sedikit.
4. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk sedikit kasar , kemudian gaulkan sehingga sebati..
5. Biarkan mendidih sebentar betul2 masak. Last sekali bolehlah di masukkan bahan perasa secukupnya.. rasa manis, masin,masamnya... kalau ok kira korang dah paslah tu...hehe...

CADANGAN HIDANGAN:
~Bolehlah dihidangakn bersama2 dgn nasi impit yang telah dipotong cube..curahkan kuah kacang berlauk tadi keatasnya... emmm cikna pasti sekali korang makan pasti nak tambah lagi...

SELAMAT MENCUBA..

Monday, May 23, 2011

CEKODOK SAYUR AIR PANAS


CEKODOK SAYUR AIR PANAS
* rangup diluar, lembut didalam

Bahan2nya;-

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kobis- diracik halus
1 biji bawang merah besar- dihiris
1 s/besar udang geragau- cuci,tapis, ketepikan
--------------------------------------
Bahan cecair
* garam-secukupnya
* 1/2 s/kecil pati ayam
* air panas-secukupnya
~ bahan yg bertanda * hendaklah dibancuh sekali yer...
---------------------------------------
Minyak secukupnya

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan tersebut (kecuali bhn yg dicampur air) didalam mangkuk besar,
2. masukkan bahan cecair secara sedikit demi sedikit dan kacau dengan segera supaya bancuhan tidak bergentel...
3. Ulang langkah 2 sampai habis.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya.
5. kemudian goreng bancuhan tepung sehingga habis, dan menjadi seketul cekodok yang seksi seperti yg cikna buah dibawah yer...
6. dah siap goreng bolehlah dimakan bersama sambal kesukaan anda atau ikut jer mcm cikna buat cicah dgn sos cili life..emmm sedap...garing diluar dan lembut didalam....



SELAMAT MENCUBA KAWAN2....KALAU SEDAP HABAQ KAT TEMAN2 YG LAIN...

APAM COKLAT CHIP



Bahan2nya ;-

Bahan (A) ni ayak sekali yer..
1 cawan tepung gandum
1/2 s/k soda bikarbonat
1/4 cawan serbuk koko
-------------------------------------
1/2 cawan gula pasir + 2 s/b
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 s/k ovellet
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak/ mentega

Cara-cara membuatnya;-

Pukul telur bersama gula sehinga kembang
1. kemudian masukkan bahan A, kacau sehingga sebati, masukkan susu cair, susu pekat, ovellet kacau lagi sehingga kesemua bahan2 menjadi sebati ,
2. akhir sekali bolehlah masukkan pula minyak sedikit demi sedikit sehingga habis kacau lagi dan ketepikan sebentar sebelum dikukus.
3. Sapu acuan lompang dengan minyak, tuang adunan kedalam acuan jgn sampai penuh tau sbb nnt apam akan mengembang naik.
4. Kukus adunan selama 5 minit agak2 suku masak bolehlah dihiaskan dgn coklat chip. kukus lagi hingga adunan betul2 masak selama lg 10 minit sahaja.
5. ulang langkah 3 & 4 sehingga adunan apam habis.
dah masak sejukkan kemudian bolehlah dihidangkan utk minum petang...

BROCOLLI TUMIS BERSAMA BAWANG PUTIH


BROCOLLI TUMIS BERSAMA BAWANG PUTIH

Bahan2nya:-

* 2 ketul brocolli- dipotong2, cuci dan tapis
~ rebus air + garam 1 s/kecil dan celur sebentar brocolli
-----------------------------------------------------------
10 ekor udang - dicuci dan dibuang ekor & kepalanya
1 biji tomato - belah 6 bhg
2 s/besar sos tiram
1 s/kecil pati ayam
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang kasar
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis
air sedikit-utk kuah

Cara:-

1. Tumis bawang putih dgn sedikit minyak sehingga wangi.
2. kemudian masukkan udang goreng sebentar hingga udang suku masak, masukkan sos tiram, kacau bagi rata dan bolehlah dimasukkan brocolli, tomato.
3. last sekali masukkan air sedikit, pati ayam dan garam secukup rasa.
4. tak perlu masak terlalu lama yer sbb sayur tu dh dicelur terlebih dahulu. Agak2 udang dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama dengan lauk kesukaan anda.

SELAMAT MENCUBA...






Sunday, May 22, 2011

KURMA TELUR ALA CIKNA





KURMA TELUR ALA CIKNA


Bahan2 (A) yg diperlukan:

6 biji Telur- direbus & dikupas, ketepikan

------------------------

Bahan (B) untuk ditumbuk halus

5 biji bawang merah kecik

3 biji bawang putih

1 inci halia

-----------------------

2 s/m serbuk kurma (penuh bumbun yer) - dibancuh dgn air secukupnya

2 kumtum bunga lawang

1 btg kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

6 biji cili api

1 biji tomato- belah 4
minyak utk menumis

air secukupnya

garam,gula,aji - secukupnya


Cara memasaknya;-

1. Tumis bahan B sehingga wangi, kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, kacau seketika.

2. Masukkan serbuk kurma pulak, kacau bagi sebati dgn bahan2 yg telah ditumis tadi. Bila kurma dh agak masak boleh masukkan air dalam semangkuk, kacau sebentar kemudian masukkan telur, cili api dan santan , kacau sebati dan boleh masukkan air secukup lagi. Jangan lupa yer kn kacau sentiasa takut nnt santan pecah minyak. Biarkan seketika sampai mendidih.

3. Akhir sekali boleh masukkan garam,gula dan aji (jikasuka) secukup rasa. Dah masak boleh hidangkan.


SELAMAT MENCUBA YER...







Thursday, May 19, 2011

PUDING TRIFFLE RASBERI







Aduih penat ajer cikna menaip resepi ni hilanglah pulak geramnya dah banyak kali cikna kena tau menyampah tul arr dgn blogspot ni... kadang2 ok kadang2 ngong gak... resepi ni cik na dapat dari resepi kak hanieliza mmg sedap cuma anak2 cikna plak x gemar aduihhh sayang napalah x nak rasa makanlah sikit penat tau mummy buat...




emmm nak wat cam ner puteri makan sikit ajer dia kata x suka yg color pink tu..hehehhe maybe dia rasa agar2 tu rasa lain kot nak kata lembik tak jugak rasa kenyal2 gitu... maybe x kena dgn selera anak daro den ni kot.. oklah x nak pot pet2 kita lihat apakah resepinya yer...... scroll jer kat bawah tu.. cikna maleh nak tulis so cikna C&P jer mcm biasa (kita bagi kredit kat kat hanieliza tq kak halalkan yer cikna paste kat sini).








PUDING TRIFFLE RASBERI


Sumber resepi: kak hanieliza




Bahan-Bahan:


1 bungkus kek swiss roll


1 kotak agar-agar segera (Nona) - perisa rasberi


1 tin fruit cocktail


2 sudu besar tepung kastard


3 sudu besar gula


3 cawan susu segar




Cara:


1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.


2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.


3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.


4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.


5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.


6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.


7. Masukkan ke dalam peti sejuk.


Sambal Tempe,Kacang & Kentang



Balik2 tempe...balik2 tempe.. emmm selagi x habis stok tempe dalam aisbox cikna ni selama tulah cikna akan masak pelbagai versi sambal tempe ni. Ni adalah salah satu versi sambal tempe yg cikna citer tempohari yer.. tapi kali ni cikna nak tambah sikit bahan2 sampingan bagi menyedapkan lagi sambal ni, tingat plak zaman dulu2 ms cikna sekolah rendah flashback semula yer... syahdu plak bila tingatkan zaman tu, yerlah zaman cikna sekolah dulu makan minum pun cikna x kisah sangat x macam anak2 cikna sekarang very demanding... ada jer permintaan terjah drg, nak makan ayam goreng kunyit arrr balik skolah nnt, nak makn spagetti daging arrr ayat x thn dgr telinga mummy dia ni ...mcm biasa ayat yg selalu drg gn lebih kurang mcm nilah bunyinya " lama dh x rasa spagetti mummy... aduihh sedapnya rasa nak makan sekarang jugak arrr mummy".... aduihh mana mummy nak cekau memalam ni nak oiii....kedai semua dah tutup... mamak MYDIN pun dah berlabuh mimpi drg kat mana2...sok2 yer mummy masak... heheheh ayat penyelamat tu gaklah cikna guna.. dh x de alasan logika lagi nak guna...

Tapi janji tetap janji mmg cikna kn tunaikan kalau tidak mmg nahaslah jawapnya... drg nanyi sepanjang minggu arrr... dgn cikna.

oklah jom kita belek2 yer gambar & resepi cikna kali ni.

SAMBAL TEMPE, KACANG + KENTANG
By : Cikna aka Lienazamri
Tempoh siap: -+ 20 minit

Bahan (A) digoreng dahulu;-
1/2 mangkuk kecil kacang tanah
1 paket tempe- belah 2, ptg nipis2 memanjang
1 biji kentang - ptg mcm jejari

Bahan (B) untuk dikisar;-
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
----------------------
Garam secubit
1 s/b Gula
3 s/b kicap manis
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:-

1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis bahan B sehingga wangi dan masak.
2. Kemudian masukkan bahan A kedalam kuali gaul rata dengan bahan B, kacau sebentar.
3. Masukkan garam, gula, kicap, kacau lagi bagi serata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA....

KUIH LAPIS MERAH PUTIH



Selamat pagi semua,

hari ni kita citer skit pasal kuih lapis plak yer... saja cikna nak cabar diri sendiri tengok pandai dak buat kuih yg banyak layer ni..heheh mcm x pernah buat kan tp sebenarnya mmg cikna tak pernah buat pun kueh ni... bukan apa pening dok fikir resepinya ada mcm2 versi, emmm alih2 cikna buat reka sendiri resepi kuih lapis ni... try n error kan tak cuba x tahu betul tak??? mula2 tu mmg rasa mcm x yakin jer takut tak jadi kan dah membazir bahan2 tu kn experimen cikna tak pasal2 jer cik tong yg kn baham kan...hehhehe sian cik tong sampah, asal tak jadi jer dia yg jadi mangsa.

tengok org lain punya kuih muih cuit miut jeles plak cikna, so tingin gaklah nak kukus kuih lapis ni boleh gak memeriahkan lagikan menu santapan kat blog cikna ni tak delah sunyi sepi mcm dalam gua yer tak... at least ada gaklah N3 baru setiap hari sementara cikna tgh kemarok memasak ni... sok2 kalau datang penyakit "M" cikna tu mmg tak berasaplah dapur tu, jangan kata nak masak nasi masak air pun cikna malas (cehhh ceneke pakai water dispenser nak buat apa masak lagi cik na oiiii hehhehe)...

oklah jom kita lihat resepi dan gambar2 kuih lapis yg sempat berposink kat blog cikna ni... silalah yer jemput makan jangan malu2....

KUIH LAPIS MERAH PUTIH
By Cikna aka Lienazamri
Tempoh siap: -+ 45 minit

Bahan-banan A:
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gandum
1 kotak (200ml) santan segera
2 s/b tpg ubi/kanji
secubit garam
----------------------
Bancuh sekali,kemudian tapis:-
1 cawan Gula
1 cawan air panas mengelegak
1 helai daun pandan
-----------------------
pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.kemudian campur kedua2 bahan menjadi satu.
2. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian didalam bekas berasingan.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal/putih.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Ulang langkah 5 dan 6 berselang seli sehingga adunan habis.
8. Dah siap, biar betul2 sejuk dan potonglah untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA YER....


Wednesday, May 18, 2011

KUIH PUTERI MANDI / KEPEK IDUNG

Hehehe... kelakar kan tajuk kuih ni "Kuih kepek Idung" org kelate panggil, cikna dapat nama ni pun sbb hubby org pasir mas dia yg selalu sebut... org sini sebut Kuih Puteri Mandi cik abe pulak sebut lain... emmm apa pun ruper kuih ni ttp sama, rasa pun sama apa lagi terliur pulak lahai nak buat tuk anak2 n cik abe kito ptg nnt, tak kisahlah kalu drg makan waktu malam pun janji drg dapat rasa, 1st time nak buat ni, harap2 jadilah yer... emmm kalau nak buat warna warni rasanya gobok ajaib cikna tu tak de plak color tu... tak perlah buat jer color apa yg ada... apa yang penting rasanya yg sedap...


Oklah jom kita tgk bahan2 yang diperlukan yer...


Resepi ni cikna dapat dari FP kak hanieliza, cikna C&P jerlah resepinya disini... mintak izan yer kak hanieliza halalkan resepi ni yer... cikna teringin sangat dh ni nak cuba kueh sedap ni...


Bahannya;-


  • 2 cawan tepung pulut [ayakkan]

  • air daun pandan

  • 1 s/t air kapur

  • 1/2 biji kelapa muda [parut]



  • 1/2 cawan gula perang gula/ pasir secukup manis



  • daun pandan disimpulkan



  • pewarna hijau dan merah



  • air secukupnya



  • garam



Cara membuatnya;-







  1. Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .



  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje.



  3. Sementara tu didihkan setengah periuk air.
    Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis. Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk....ini untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.



  4. Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
    Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.



  5. Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.

Tuesday, May 17, 2011

GULAI AYAM MASAK LOMAK CILI API



Ayam lagi... errr tak muak2 rumah ni makan ayam hehhe sebenarnya rumah cikna ni mmg kureng mamam daging lembu cik abe pun tak leh banyak sangat makan daging, cikna plak kalau makan daging emmm siaplah gatal2 badan jarang2 makan bolehlah sekali- sekali nak lepaskan gian. Anak2 cikna lagilah mmg x makan pun daging ni alasannya malas nak kunyah mummy, liatlah mummy, yg paling teruk bila ada yg komplain daging lekat kat celah gigi, emmm terpaksalah mummy dia ni menggorek plak daging tu... emmm cerewet betul anak2 mummy ni..

ni adalah masakkan kegemaran cik abe, dia boleh tahan niat dia kalau tahu cikna masak makanan kegemarannya. sebenarnya cikna pun suker jugakkkkkkkk hehhehe.... nak sorok2 plak terus terang ajerlah kan..cikna...cikna... malu konon org tahu... hehehe ohhh tidakkkk

Oklah jom kita lihat,tengok dan jengok apakah bahan2nya yer.



GULAI AYAM MASAK LOMAK CILI API

Bahan2nya;-



  • 1 ekor ayam- dipotong 16, cuci dan dibersihkan

Bahan2 untuk diblender;-



  • 5 ulas bawang merah kecil


  • 1 genggam cili api kg


  • 1 ketul kecil kunyit hidup/ 1 s/b serbuk kunyit


  • 2 inci halia


  • 2 batang serai

-----------------------------



  • 2 keping asam keping

  • 1 kotak santan segera

  • air secukupnya sehingga menutupi ayam

  • 1 biji tomato- belah 4

  • 2 biji kentang- belah 4/biji

  • garam

Cara2nya:-



  1. Masukkan ayam, bahan blender, santan, asam keping, kentang kedalam periuk dan didihkan. masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa yer, agar santan tidak pecah minyak.


  2. Bila kentang dah empok bolehlah dimasukkan tomato dan kacau rata, biarkan seketika dan bolehlah dimasukkan garam secukupnya.


  3. dah siap masak bolehlah dihidangkan bersama dengan nasi panas2 sedap tau....

TEMPE SAMBAL KERING

Harini cikna nak citer pasal tempe plak yer, entah mcm mn tingin plak makan tempe harini. emmm mmg peberet zamir ni, cikna n cik abe pun mmg suka bangat, nak2 kalau buat sambal kering cenggini.

rasa lemak kacang soya dari tempe tu mmg menggoda selera kami sekeluarga. cikna rasa tentu ramai kat luar sana pencinta sambal tempe ni kan. Cakap pasal versi masakan tempe ni ada macam2 so mlm ni cikna nak tunjuk salah satu resepi untuk TEMPE SAMBAL KERING yang cikna buat tadi yer. Mn tahu ada yg berminat nak cuba, silalah cuba mn tahu boleh jadi makanan kegemaran UOL plak kali ni. okaylah jom kita tengok apakah bahan2nyer yer.



















TEMPE SAMBAL KERING by LienaZamri

Bahan2 yang diperlukan:


  • 1 paket tempe - dibelah tengah dan dipotong memanjang2 sepnjg jejari
Bahan untuk dikisar;


  • 3 ulas bawang merah kecik

  • 2 ulas bawang putih

  • 10 tangkai cili kering- dipotong2 dan direndam bg kembang
----------------------------------


  • Minyak untuk menggoreng

  • 1 s/b gula

  • 3 s/b kicap manis- atau secukupnya

  • 1 s/k pati ayam- x de pun x per

* cikna x letak garam nnt masin plakkan sbb dh letak kicap manis.

Cara2 memasak:


  1. Masukkan minyak kedalam kuali dan goreng tempe sehingga garing, angkat ketepikan.

  2. Tumis bahan blender sehingga wangi dan naik minyak, masukkan gula, pati ayam dan kicap manis, kacau serata.

  3. kecilkan api dan masukkan tempe, sebatikan dan cuba rasa kalau ada yg kurang boleh tambahkan bahan perasa secukup rasa anda. dah masak bolehlah dihidangkan bersama lauk pauk kegemaran anda.
SELAMAT MENCUBA YER.....
~ terima kasih sudi mencuba resepi cikna ni.

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI






setelah digoreng terserlah keseksian Ayam goreng Berempah ni, tak sabar cik abe nak ngap ...
mcm nilah ruper dia kalau belum digoreng.. belum masak pun dah sedap tau...nikan pulak dh masak lagilah sedap.




Cikna tergoda betul dgn ayam goreng berempah ni, nak buat tak delah susah sangat, bahan2 plak semuanya mmg ada dlm gobok cikna...check dalam aisbox ada plak serai emmm apa lagi ambik baki ayam yg cikna buat gulai tadi mulakan projek mlm ni... mmg tak di sangka2 cempedak menjadi nangka sedap betul ayam goreng ni mmg next projek mmg wajib cikna buat untuk sajian keluarga... cik abe pun bagi angkat tangan tanda sedap, sampai ketulang dilapahnya tulang ayam tu... errr buruk benor abe.. kalau sedap sangat pun janganlah buat gitu malu deh kat org...heheh bukan ada org pun hanya cikna jer peneman dia makan malam ni, anak2 dh cikna ambat suruh tido awai.. esokkan nk sekolah so knlah tido awai kang terbabas lagi... tak mo..tak mo... Oklah jom kita layan resepi yang cikna dapat dr blog cik love, minta izin yer cik love2cook-msia cikna nk share resepi sedap ni kat sini, tq daun keladi resepi cik love mmg sedap...




LEMONGRASS FRIED CHICKEN

~ AYAM GORENG BEREMPAH SERAI



Bahan2 yg diperlukan:


  • 1 ekor ayam - dipotong sederhana, ~ cuci bersih ketepikan

Bahan dikisar bersama;


  • 6 ulas bawang putih

  • 7 ulas bawang merah

  • 2 inci halia

  • 3-4 batang serai

----------------------------



  • 3 s/b cili kering - ikut kesesuai anda

  • 2 s/b serbuk kari- ikut citarasa anda

  • 1/2 s/k serbuk jintan manis

  • 1/2 s/k serbuk jintan putih

  • 1/2 s/k serbuk ketumbar

  • 1/2 s/k serbuk 5 spices - cikna x letakpun

  • garam, aji, gula (secukup rasa)

  • minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara2 memasaknya:-


  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.

  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.

  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.

  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Saturday, May 14, 2011

Projek mengukus lagi...KUIH KASWI

Assalamualaikum semua,

emmm harini cikna buat lagi kuih kaswi heheh... mcm org mengidam plak yer, kes semalam x pueh makan arrr... yolah buek ciput mano nak pueh kan.. abis buek pun utk htr kek surau tahlil arwah .. cik abe dapat makan 2 ketul jer... tapi harini cikna buat versi lain dari yg lain sikit, bahan2 ada yg sama tp berbeza sikit, cara buat masih sama dun wori be happy, dapat plak mmg banyak gilo 1 kampung den buleh jamu tau... dapek lah cikna bagi jiran2 sikit sorang air tangan den ni ha..nak kato sodap sgt entahlah tp kalau x sodap krg buek bodoh jorlah yo...heheheh sabau jerlah. Oklah cikna tak nak melalut panjang lebar, moh ler kita tgk gambar foto gedik kuih kaswi chomel cikna tu.... agak2 leh masuk bertanding tak nnt jangan lupo msg cikna yo.. sekali sekala nak gaklah interprem jap hahahah cikna dah merepek meraban dahhhhhhh....
jomlah layan yer....


ada yg terliur dh tu... lap cepat nnt basah keyboard tu kang

mengancam tak??? merpati 2 sejoli giteww...

KUIH KASWI CUTE
(dapat dlm 50-60 biji)
Tempoh penyediaan: -+45 minit

Bahan2nya:

1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras + 2 s/b lg
1/2 cawan tepung kanji
3 s/b air kapur
1 s/b color pink
1 s/b emulca capuccino
sedikit garam
daun pandan
acuan lompang - glis dgn minyak dulu.
Kelapa parut putih- kukus dulu tkt basi
garam sedikit

Cara:

1. Didihkan 2 cawan air+gula pasir+gula merah + daun pandan gula sehgg larut. Tutup api, tapis, ketepikan dan masukkan baki 3 cawan air supaya air gula tadi cepat sejuk.
2. Satukan kesemua tepung2 + sedikit garam didalam mangkuk besar, kacau sebati, kemudian masukkan sedikit demi sedikit air gula, jgn berhenti kacau tkt bergentil tuang air gula sehgg habis. kemudian masukkan air kapur kemudian bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian color pink dan 1 bahagian lagi dgn emulco cappoccino kacau adunan sehingga sebati.
3. tuang kedalam acuan yg telah digliskan terlebih dahulu, dan kukus selama 10 minit dgn api biasa. Ulang langkah ini sehingga adunan tepung habis.
4. biar kuih betul2 sejuk, kemudian barulah disalut bersama kelapa putih digaulkan bersama sdikit garam- jgn lp kukus kelapa dulu supaya kelapa x cepat basi.
5. dah siap bolehlah dihidangkan bersama2 minuman kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA YER.....

KUIH KASWI CHOMELKU...

Assalamualaikum kawan semua,

Semalam genap 2 minggu arwah abah meninggal (semoga roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan dirahmati oleh allah s.w.t al-fatihah amin). Kami sepakat nak buat kenduri tahlil untuk arwah, kebetulan mak plak tak sihat so ciknalah yg kn menggantikan tempat mak memasak ...ala cikna masak yg simple2 jer... beehoon goreng dlm 3.5kg (mcm x compedem jer nk msk) + kuih kaswi dlm 50 biji, berpoloh2lah cikna mengacau dan menggodek beehoon 1 kuali bosar tu sowang2... sip baik poloh den x masuk dlm kuali tu, kalau tak ada yg keracunan plak kang wakawakakak tapi alhamdulillah berkat doa mak berjaya gaklah cikna menyiapkan 50 bekas beehoon goreng simpleku.... oklah maleh nak panjang lebar moh ler kita skodeng resepi kuih yang cikna buek semalam yor seperti gambar kek bawah ni ha....



KUIH KASWI CHOMELKU..
(dapat dlm 50-55 biji)
Bahan2nya:


1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras + 2 s/b lg

1/2 cawan tepung kanji

3 s/b air kapur

1 s/b kicap - jgn pelik yer ni utk menghitamkan lagi kuih ini spy color dia cantik.

sedikit garam

daun pandan

acuan lompang - glis dgn minyak dulu.

Kelapa parut putih- kukus dulu tkt basi

garam sedikit


Cara:

1. Didihkan 2 cawan air+gula pasir+gula merah + daun pandan gula sehgg larut. Tutup api, tapis, ketepikan dan masukkan baki 3 cawan air supaya air gula tadi cepat sejuk.

2. Satukan kesemua tepung2 + sedikit garam didalam mangkuk besar, kacau sebati, kemudian masukkan sedikit demi sedikit air gula, jgn berhenti kacau tkt bergentil tuang air gula sehgg habis. kemudian masukkan air kapur dan juga kicap, kacau sebati.

3. tuang kedalam acuan yg telah digliskan terlebih dahulu, dan kukus selama 10 minit dgn api biasa. Ulang langkah ini sehingga adunan tepung habis.

4. biar kuih betul2 sejuk, kemudian barulah disalut bersama kelapa putih digaulkan bersama sdikit garam- jgn lp kukus kelapa dulu supaya kelapa x cepat basi.

5. dah siap bolehlah dihidangkan bersama2 minuman kegemaran anda.


SELAMAT MENCUBA YER.....

Thursday, May 12, 2011

Kuih Kaswi Versi Lompang


ni acuan lompang yg cikna guna, beli kat bagus jer 144pcs - RM15


Bancuhan tepung kuih kaswi , nampak tu senjata yg ada dlm jug tu sentiasa kn ada




Kuih yg baru diangkat dr kukusan



tadaaaa.... nilah hasilnya comel tak??? cutekan mcm cikna ahak perasan tulll.....


Salam semua,

Geram betul cikna penat2 taip n3 harini tetiba plak blog hang aduihhh pedap tul arrr... emmm oklah jomlah kita layan cikna maleh nak membebel panjang dh geram rasanya.

KUIH KASWI Versi LOMPANG

bahan2nya:-


1 helai -daun pandan

1 s/m -coklat emulca/ kicap manis- jgn terkejut beruk plak yer, ni utk memberi color darker lg kat kuih tu

2-3 s/m -air kapur

1/2 cawan -tepung beras- cikna tambah lg 2 s/m

1/2 cawan -tepung kanji/ubi

1 1/2 cawan -tepung gandum

5 cawan -air

1 cawan -gula merah/ 1 ketul besar gula melaka

1 cawan -gula pasir

1/2 cawan - gula perang cik na tambah lg tuk bg sedap tp x delah manis sgt pun

sedikit garam


Hiasan:

Kelapa parut - kukus sebentar untuk mengelak kelapa menjadi basi


cara; nnt cikna taip nak masak jap

Wednesday, May 11, 2011

KEK COKLAT KUKUS (Very Moist)




Kek Coklat Kukus (very moist)

Bahan-Bahan:



  • 1 cawan serbuk koko

  • 1 cawan gula pasir

  • 1 cawan susu cair

  • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)

  • ½ cawan susu manis

  • 1 ¼ cawan tepung gandum

  • 1 tsp baking powder

  • 1 tsp soda bicarbonate

  • 3 biji telur

Cara Memasaknya:



  1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

  2. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je)


  3. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT
Sumber: Puan Noor Masri

Bahan-bahan:


  • 250 g coklat masakan } potong kecil2

  • 1 sudu besar majerin

  • 130 ml double cream atau whipping cream

  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt)

    - optional Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli

MAGGIE KARI MELETOP HIRISAN AYAM BERLADO




Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kali ini sebenarnya cik na nak tayar menu sempoi untuk lunch yg cik na buat tadi, emmm biasalah org maleh nk masakkan. Sebenarnya bukan cik na malas pun cm cik na masak waktu petang jer, kalau masak awai2 mmg cukup teratur jadual makan cik na dah lah tembam kang makin bam..bam.. lagi sapa nak jawap. So biasanya cik na makan yg simple2 jer untuk isi tangki ni. Oklah cik na pasti ramai peminat maggie kat luar sana kan? so apa kata kita tengok plak maggie sup versi cik na ni... kalau ada yg dah mula terliur tu baik krg tadah cepat kang banjir plak kang,kot ada meleleh atas keyboard tu cepat2 lap kang x pasal berasap plak lappy tu nnt.


Oklah jom kita tengok yer apa bahan2nya:-

MAGGIE KARI MELETOP HIRISAN AYAM BERLADO
Resepi asal: Lienazamri ler...

Tempoh Penyediaan: 5 minit jer..


Bahan2nya mudah ajer:-


1 paket maggi kari

1 biji telur

3 biji cili api-dihiris kasar

carrot/ sayur2an -apa pun boleh x mkn sayur x yah ler letak yer.

Sedikit isi ayam - dihiris

air semangkuk/ secukupnya


Cara:

1. Masukkan air dalam kuali, masukkan hirisan carrot/sayur2 dan perencah maggie. kacau rata biarkan sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan maggie, telur, kacau sedikit. biarkan sekejap yer kalau dh mendidih boleh tutupkan api dan dihidangkan. Mamam panas2 mmg sedap kalau dah sejuk x best plak sbb maggie dh kembangkan.


Oklah SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, May 10, 2011

AGAR-AGAR SANTAN LAYER MERAH

Assalamualaikum semua, hari ni cik na hanya nak tepek dessert yg dh lama cik na buat, lepas belek2 gobok album kat pc ni jumpa plak foto ni..oklah jom kita tgk bahan2 dan cara2 utk buat agar2 ni yer...





Agar-Agar Santan Layer Gula Merah



Bahan2nya:


~ 1 paket agar-agar kering


~ 1 mangkuk kecil gula merah


~ 1 mangkuk kecil gula pasir- ikut kesukaan yer, nk manis tmbh lg


~ 250 ml santan kotak


~ 1 biji putih telur


~ 1 liter air




Cara2nya:




1. Masukkan air dan agar2 didalam periuk, didihkan sehingga agar2 hancur.


2. Kemudian Masukkan gula pasir, gula merah, kacau biarkan shgg gula hancur.


3. Tutup api, tapis agar2 tersebut untuk membuang segala benda asing yg terdapat didlm gula merah tadi.


4. kemudian masukkan semul kedalam periuk yg telah dibersihkan tadi, didihkan semula


5. Bolehlah dimasukkan santan dan putih telur kacau sebati sehingga santan betul2 masak.


6. Dah siap bolehlah dituangkan kedalam loyang mengikut kesukaan anda.



SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, May 6, 2011

PERGINYA SEORANG INSAN TERSAYANG


gambar abah ms kenduri ijat di kuala pilah- 29.02.2011


gambar kenangan abah dengan mak, nilah satu2 gambar trbaru mak dgn abah




gambar kenangan pakcu, ijat dgn abah




sempat gaklah abah tgk ijat nikah bulan 2 haritu...




masa ni keadaan abah dh makin kronik, gambar 2 minggu before abah meninggal,


ms ni dia dh tk bermaya sangat... sedih tgk abah mcm ni.. alfatihah utk abah.


Sebenarnya che na masih lagi dalam mood berkabung, masih lagi dalam keadaan bersedih atas pemergian abah tercinta pada 28hb April 2011 (Khamis mlm Jumaat pada pukul 10.30 mlm) yg lalu. abah pergi meninggalkan kami 4 beradik. Mak pun che na tgk masih bersedih, tp kesian kat mak makin tak lalu nk makan. dl ms arwah ni sakit pun badan mak dh susut. kalau dulu baju size xxl dia pakai skang ni kalau beli size baju tu tuk dia mmg leh buat selimut arrr... emmm sian mak, sabarlah yer mak banyak2kan berdoa utk abah sedekahkan alfatihah banyak2 kat arwah, doa kami sebagai anak mmg xkan putus buat abah. Kenangan kita bersama2 abah akan tetap terpahat buat selama2nya.




al fatihah buat arwah abah : ABDUL RAHMAN BIN ABDULLLAH

APAM KAMPUNG

Tadi masa belek2 kongsi resepi kat fb kat ana ina jumpa lak resepi apam ni... tingat plak uwan den kek kg, dio mmg gomar buek apam ni, kami kalau balik kg mmg selalulah dapat makan kuih apam ni... feberet kami semua... yorlah sepupu sepapat anak sepupu den ramai dekat 40-50 org, so kalau buek kueh ni mmg laku gilo lah, jangan kato kuih apam ni habih asal apo ajo yg ada kek dapur tu mmg tinggal bokeh yo... kalau ms rayo kan banyak kuih rayo indok2 den bawak kalau uwan den x surokkan mmg tinggal habuk yolah...hehehhe... mmg dasyat gilo semua sepupu sepapat anak sepupu den semua ehhh tapi mmg syuok habis asal rayo jer mmg meriah dgn herok pikok gelagat drg.

oklah jom kita tgk, salin, copy resepi yang cik na dapat dari koleksi kak Ana Ina kredit to her...

APAM SAYANG DISAYANG...
Credit to: FB@Ana Ina

BAHAN2NYA:
1 cawan gula merah
1/2 cwn gula pasir
2 1/4 cwn air
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1 peket mauripan
sedikit garam

CARA2NYA:
mauripan direndam hingga berbuih dan kembang.
gula merah dan gula pasir dimasak bersama 2 1/4 air, kemudian sejukkan dan tapis
masukkan tepung gandum dan tepung beras dlm mangkok adunan dan masukkan air gula tadi dan mauripan serta sedikit garam, gaul rata...
sapukan sedikit minyak dlm loyang pengukus...masukkan adunan dlm mangkok pengukus ..biarkan sehingga kembang dlm masa panaskan pengukus..
kukus selama 40 minit..

SELAMAT MENCUBA...