Thursday, May 19, 2011

Sambal Tempe,Kacang & Kentang



Balik2 tempe...balik2 tempe.. emmm selagi x habis stok tempe dalam aisbox cikna ni selama tulah cikna akan masak pelbagai versi sambal tempe ni. Ni adalah salah satu versi sambal tempe yg cikna citer tempohari yer.. tapi kali ni cikna nak tambah sikit bahan2 sampingan bagi menyedapkan lagi sambal ni, tingat plak zaman dulu2 ms cikna sekolah rendah flashback semula yer... syahdu plak bila tingatkan zaman tu, yerlah zaman cikna sekolah dulu makan minum pun cikna x kisah sangat x macam anak2 cikna sekarang very demanding... ada jer permintaan terjah drg, nak makan ayam goreng kunyit arrr balik skolah nnt, nak makn spagetti daging arrr ayat x thn dgr telinga mummy dia ni ...mcm biasa ayat yg selalu drg gn lebih kurang mcm nilah bunyinya " lama dh x rasa spagetti mummy... aduihh sedapnya rasa nak makan sekarang jugak arrr mummy".... aduihh mana mummy nak cekau memalam ni nak oiii....kedai semua dah tutup... mamak MYDIN pun dah berlabuh mimpi drg kat mana2...sok2 yer mummy masak... heheheh ayat penyelamat tu gaklah cikna guna.. dh x de alasan logika lagi nak guna...

Tapi janji tetap janji mmg cikna kn tunaikan kalau tidak mmg nahaslah jawapnya... drg nanyi sepanjang minggu arrr... dgn cikna.

oklah jom kita belek2 yer gambar & resepi cikna kali ni.

SAMBAL TEMPE, KACANG + KENTANG
By : Cikna aka Lienazamri
Tempoh siap: -+ 20 minit

Bahan (A) digoreng dahulu;-
1/2 mangkuk kecil kacang tanah
1 paket tempe- belah 2, ptg nipis2 memanjang
1 biji kentang - ptg mcm jejari

Bahan (B) untuk dikisar;-
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
----------------------
Garam secubit
1 s/b Gula
3 s/b kicap manis
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:-

1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis bahan B sehingga wangi dan masak.
2. Kemudian masukkan bahan A kedalam kuali gaul rata dengan bahan B, kacau sebentar.
3. Masukkan garam, gula, kicap, kacau lagi bagi serata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA....

No comments: