Tuesday, November 8, 2011

Sayur Campur Kuah Lemak Putih


Bahan2nya;-

Kobis- 1/2 biji (di hiris)
Carrot- 1 batang (potong memanjang)
Sawi Bunga- 3 pokok ( potong memanjang)
Bawang merah- 1 biji (dihirs)
Bawang putih- 2 ulas (dihirs)
Cili merah besar-1 biji (dihirs)
Udang Kering (cuci, rendam+tumbuk kasar)- 1 s/b
Santan segera- 1 kotak
Air secukupnya

Cara:-
- Masukkan bahan2 yg dihiris kedalam periuk, bersama dengan air + santan didihkan seketika.
- Bila dh mendidih masukkan udang kering + sayur2 campur.
- Masak sekejap jangan lupa kacau kuah sentiasa supaya x pecah santan.
- akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
- dh siap bolehlah dihidangkan dgn ikan goreng mmg terangkat tau...


lauk ni mmg sempoi habis, kalau makan dgn ikan goreng mmg terangkat... ms arwah abah cikna ada dia mmg tahu cikna mmg suka makan sayur kuah lemak putih ni, tp cikna suka makan dgn sambal ikan mmg sedap x hingat tau.. tapi sekarang arwah abah dh x de so x de sapalah lg yg rajin mengajak cikna makan bersama dengan lauk feberet cikna ni... sedih plak rasa malam ni... apapun doa cikna sentiasa bt arwah abah tersayang.


Ice Lemon Tea



Bhn2nya;-
2 biji lemon- guna peel kulit lemon tu, ambik jusnya
gula halus secukup rasa
3 uncung tea lipton

Cara:

- rendam tea uncang dlm air mendidih
- tuang dalam jug + ais sejuk + gula halus+ kulit lemon + jus lemon
- mskkn ais kedlm jug secukupnya.
- kemudian bolehlah dihidangkan.

SUP AYAM BONDA





Assalamualaikum semua


Harini Cikna nak citer pulak pasal Sup Ayam yang jarang sangat cikna masak untuk family cikna. Bukan cikna malas atau apa tapi kalau nak citer 5 hari mmg x habis hhehhee sabar jerlahkan... cikna pasti tentu korang kat luar sana yang terar makan dish ni kan... ala sup ayam sub2 soiii jer.. takkan tu pun nak ajar kan??? tapi versi memasing jer yg x sama... ada yg bt cara tumis, rebus dan mcm2 cara lagi. Tapi resepi SUP AYAM cikna mcm ni mmg ms meniaga kat restoran dulu mmg ramai peminat lauk sempoi ni time lunch hours mmg laku giler lauk ni nak2 kalau ada yg mmg suka makan kaki ayam, tengkok ayam, kepak ayam emmm mmg mencari2 lauk ni... kalau mak2 yg malas nak masak tu boleh cuba resepi ni gerenti sedap punya... insyallah

SUP AYAM BONDA
@ CikNa

bahan:-
1 ekor ayam- potong kecik2 + dicuci bersih+ toskan
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
(bahan diatas ditumbuk halus)
2 btg serai - dititk
rempah biji 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
2 s/b minyak - x yah bnyk2 nnt sup tu ada minyaknya sendiri
1 kiub ayam knorr
1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang - potong 6
1 biji carrot- potong bulat
1 batang saderi- dihiris menyerong
1 biji tomato merah- belah 43-4 ulas cili api diketuk -option
Air secukupnya
garam, aji, gula (jika suka) secukupnya

Hiasan;

daun sup,daun bawang, bawang goreng

Cara:
- Masukkan minyak dalam kuali, Tumis rempah 4 beradik wangi kemudian baru masukkan bahan tumbuk tumis sehingga wangi dan kekuning2an.
- masukkan serai gaul dan tumis seketika.
- Masukkan ayam gaul sebati.
- masukkan sup bunjut + kiub ayam bersama air secukupnya.
- biarkan sup mendidih seketika, kemudian masukkan pula kentang dan batang saderi gaul rata dan biarkan sehingga ayam masak.
- kemudian bolehlah dimasukkan carrot.
- akhir sekali bolehlah dimasukkan bahan perisa secukup rasa. Dah siap bolehlah dihidangkan bersama dengan nasi putih makan masa panas2 mmg sedap. jgn lupa tabur bhn hiasan diatasnya utk memberi rasa yg lebih ummm!!!

* cikna x masukkan bahan perasa terlalu awal sbb kentang tadi akan menyerap bahan tersebut jadi ada baiknya korang masukkan diakhir.

Sandwich Sardin bersama Creame Cheese

Assalamualaikum...

Petang ni cikna buat sandwich sardin untuk anak2 cikna yg malas g sekolah harini... emmm yerlah kalau g sekolah pun dh x belajar dh, exam dh habis so kebanyakkannya bt xtvt bebas arrr... tu yg drg malas nak g sekolah tu... jimat sikit duit mommy heheh... oklah jom kita tengok resepi sempoi yg cikna hidangkan untuk anak2 cikna kalau suka leh lah cuba sedap....













Sandwich Sardin bersama Creame Cheese
by: Cik Na


Bahan2nya;-



6 keping roti sandwish

2 ekor ikan sardin tin (cikna pakai brand ADABI)

* 1/2 biji bawang besar

* 1/2 biji cili merah besar

creame cheese

6 batang kacang buncis- dicelur

jus lemon/ limau sedikit

garam secubit

B/paper secukupnya

(bahan yg bertanda * hendaklah dipotong dadu)



Cara:

- Gaul semua bahan2 diatas sehingga rata.

- layer kan roti dgn butter/ majerin
- layer kan pulak inti sardin yg telah digaul tadi diatas roti sehingga habis.

- kemudian letak kacang buncis + creame cheese dan tindan Roti diatasnya.

- utk senang dimakan boleh mengikut kesukaan anda . tarray dh siap..... selamat mencuba.

KUIH CARA MANIS


sebelum (proses memasak)




yummm..yummmm sedap lemak berkrim disukai ramai



cikna upload gambar dulu yer... later on baru cikna masukkan resepinya kayyyy.....

Sunday, July 3, 2011

BILIK UNTUK DISEWA BAGI 6 ORG PENYEWA

* sori dh ada penyewa

DiFlat Taman Medan Jaya, P.Jaya (Tmn Dato Harun)
~ BLOK C , TINGKAT 3
~ PREFER WANITA BUJANG, ISLAM
~ ADA 3 BILIK
~ PENYEWA MESTILAH SEORANG PEMBERSIH
~ SETIAP BILIK MEMPUNYAI TILAM DAN ALMARI BAJU
~ RUMAH CANTIK DAN SELESA, NICE KITCHEN CABINET, LANGSIR
~ SETIAP BILIK MEMPUNYAI KIPAS SYILING/STAND FAN
~ KAWASAN PARKING YG LUAS. TIADA DOUBLE PARKING.
~ TEMPAT STRATEGIK, BANYAK KEMUDAHAN AWAM
~ ADA LIFT, SURAU, MASJID BERDEKATAN, KEDAI MAKAN & KEDAI RUNCIT SERTA BANYAK LAGI KEMUDAHAN ASAS.

* komuter (ktm), Bus Rapid, Teksi (Perlabuhan Klang to KL very easy)

- KEMASUKAN SEGERA

- Hanya yang serius & berminat sahaja akan dilayan;-
- H/P: 012-2595806 (Puan Lina)012-3455064 (En Zamri)

* Bagi mereka yang berkerja diHospital Universiti/ PPUM ataupun student UiTM jalan Klang Lama mmg moleklah..kalau ada yang berminat bolehlah hello2 cikna yer..tq

Monday, June 13, 2011

GULAI DARAT AYAM

Salam semua,

dah seminggu cikna tak masukkan N3 kat sini, bukan malas tapi cikna cuti2 malaysia daaa.... yerlah bawak anak balik kg sampai jalan2 makan angin kan. Xtvt kat kg x delah menarik mana pun mcm biasa ajer... borink gak ler sbb abe bz kemas umah mek dia.. pastu bz plok sbb nak bekwah aka kenduri org KL cakap. Perjalanan balik kg mmg memenatkan apa lagi kalau bendera merah kuar hahahha.... mmg serba x kenalah jawapnya nak baring salah nak tido x kena.. nak2 kalau cik PMS dh datang mmg arrr nak marah ajer... menci2 asallah aku kn tiap2 bulan x larat dh rasanya, nak wat mcm mn cikna oittt dh tu bahagian kor terima jerlah seadanya. oklah jom kita tgk xtvt masak memasak cikna lepas balik cuti ni... gulai yg paling sedap anak daro ku kata, sampai 4 kali tambah dia makan nasi...x caya let's checkitout....









GULAI DARAT AYAM by CIKNA


Bahan2 blender;

5 biji bawag kecik

3 biji bawang putih

2 inci halia

8 biji cili api merah - cikna suka pedas sikit br bestkan

========================================

minyak untuk menumis

1 kotak santan segara

air secukupnya

2 biji kentang- belah 4

RM1 awah gulai darat kelate-dibancuh dgn sedikit air

1 keping asam keping

garam,gula,aji-secukup rasa

Cara memmasaknya:

1. Masukkan minyak kedalam periuk/kuali. Tumis bahan blender sehingga wangi dan kekuningan.

2. masukkan pula awah gulai darat kedalam periuk, tumis sehgga rempah betul2 masak dan wangi.

3.kemudian masukkan pula ayam bersama dengan sedikit air, kacau sehingga sebati biarkan mendidih seketika kemudian barulah masukkan kentang pula.Masak sehingga ayam dan kentang empuk.Barulah masukkan garam, aji,gula n asam keping.

4, dah siap bolehlah dimakan dengan nasi panas2... emmm yummy...


Friday, June 3, 2011

CUTI2 MALAYSIA

Salam semua dan selamat pagi buat tetamu cikna yg disayangi,

Bermula esok cikna sekeluarga akan bercuti ke kelate jalan2 makan angin sambil rehat2 kat umah baru mek mertua kawe. So blog ini akan menyepi selama seminggulah yer, tapi jangan risau sekembalinya cikna dari bercuti, pasti blog ni akan meriah lagi dengan pot pet2 cikna seperti biasa. Nak2 dgn gambar dan resepi lauk pauk dan kuih muih yg cikna wajib tayang disini bagi follower yg setia nak dgr citer merapu cikna setiap hari kan, sebenarnya lebih kpd aksi terliur sampai meleleh air liuq korang hahahah jangan mare yer?? tapi kalau ada yang nenanah telinga dan mate tu, biarkan jerlah " ADA CIKNA KISAH" wakakkaka....

Oklah yer cikna minta izin mengundurkan diri buat seketika n i will back soon.... so korang tunggu jer... follow me jgn x polow.......

nak ambik buah tangan ni, dah2 jangan nangis2 yer cikna gie cuti kejap ajer..ala2 bucuk.... anjernya lah follower cikna ni...hehhhee

ni tuan tanah nak interprem kejap, heheh tayang muka gedikku ini
bersama sang puteri tersayang.

NASI GORENG USA by CikNa








Bahan untuk 1 orang makan


NASI GORENG;-

1 cawan nasi

1/2 cawan sayur campur/ABC

1 biji telur


(cincang bahan dibawah ni)

1 biji bawang putih

2 biji bawang kecik

-----------------------

1 sb cili boh

1 sb sos cili

kicap sotong secukupnya- bagi mengantikan garam yer

minyak untuk menumis


- tumis bahan cincang sehingga wangi, kemudian masukkan cili boh tumis sebentar kemudian boleh masukkan sos cili, sos tiram, sayur campur/abc kacau sebati, kemudian boleh pecahkan telur didalam kuali, biarkan sebentar jangan dikacau biar telur masak sedikit. kemudian bolehlah disebatikan dgn bahan2 tumis tadi.

- last sekali bolehlah dimasukkan nasi dan kacau sebati, masukkan kicap sotong bagi mengantikan garam yer secukup rasa jangan banyak sangat nnt masin plak.

- dh siap bolehlah dihidangkan dengan DAGING MASAK MERAH + TELUR MATA * (cara nak buat telur mata ni x yahlah yer cikna air hehehe buang masa jer bukan korang x reti pun, kalau ditulis gak melampaulah tu)


DAGING MASAK MERAH

* boleh tgk kat list resepi cikna yer...maleh nak tulis balik...

DAGING MASAK MERAH VERSI CIKNA









Bahan yang diperlukan;-

a) - semua bahan ni perlu dihiris


  • 1 biji bawang besar/ kuning- potong baji ala2 bawang tomyam tu

  • 3 biji bawang putih- diketuk & dicincang

  • 2 inci halia

b)



  • 3 sb sos cili

  • 3 sb sos tiram

  • 3 sb sos tomato

  • 4 sb cili boh/kering

  • stok daging/ air secukupnya

  • 1/2 kg daging- direbus dgn pewarna merah shgg lembut, hiris nipis2

  • garam,gula,aji secukup rasa

  • 3-4 sb minyak- utk menumis

  • 1 biji tomato- belah 6

  • daun bawang - untuk hiasan

Cara memasaknya;-


1. Tumis bahan a) sehingga wangi dan kekuningan


2. kemudian masukkan bahan b) satu persatu sehingga habis dan jangan lupa kacau sebati yer... biarkan cili boh betul2 masak , kemudian masukkan air stok dalam secawan dulu, lepastu baru masukkan daging yg telah dihiris tadi. biarkan mendidih.


3. Kalau nak berkuah lagi bolehlah dimasukkan lagi air stok dalam 1 cawan lagi. biarkan mendidih, dah siap bolehlah dihidangkan bersama2 dgn nasi putih or nasi goreng ikut sukalah yer...


SELAMAT MENJAMU SELERA.....JEMPUT MAKAN SEMUA

PUCUK TAUGEH TUMIS DGN UDANG


Bahan2 yg diperlukan;-

a) bahan yang perlu ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
----------------------------------------
5-6 ekor udang- dibuang kulitnya
1/2 biji tomato- dibelah 4
1 sb sos tiram
1/2 cawan air/ secukupnya
3 sb minyak- utk menumis
secubit garam
1/2 sk pati ayam

Cara membuatnya;-
1. Tumis bahan a) sehingga wangi, kemudian masukkan udang dan kacau dan biar udang separuh masak .
2. masukkan sos tiram, pati ayam dan sayur, kacau bagi rata masukkan sedikit air.
3. akhir sekali masukkan tomato dan secubit garam, jangan masak lama sangat nnt sayur jadi layu.. agak2 dah siap bolehlah dihidangkan.

dah siap menu sempoi untuk hari ni selamat mencuba.

Wednesday, June 1, 2011

TELUR DADAR BERLAUK by CikNa




Malam ni CikNa masak untuk dinner lambat sikit sbb ptg tadi kami 3 beranak merayap ke tesco shah alam sampai pukul 5.30ptg melanggok kat sana, almaklumlah cuti sekolah kan so xtvt kami tu bersenang-lenanglah sikit. Penat sungguh kaki cikna tak sedar rupernya dekat 4 jam cikna cuci mata sambil sopink barang dapur, ya allah padanlah sakit sangat kaki ni kalaulah dia boleh bercakap mmg mintak ampun kot heheheh... oklah jom kita layan yer gambar dan resepi sempoi dari cikna untuk peminat telur dadar... nak bober banyak2 pun dah x larat so layannnnnnn.....

TELUR DADAR BERLAUK by CIKNA

Bahan2 yang diperlukan;-

3 biji telur
3 sm daging cincang
1/2 biji bawang besar- dicincang
1 biji bawang putih - dicincang
1 biji cili besar/ cili api- dipotong dadu
3 helai daun bawang- dipotong kasar
1/2 sk pati ayam
1 sk sos tiram
1 sm sos cili
garam* secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

Cara:-

1. Panaskan minyak didalam kuali
2. bancuh semua bahan2 diatas, satukan dalam bekas.kocak sampai sebati.
3. Goreng telur sampai garing sedikit dan kekuningan...
4. dan siap boleh hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!


Saturday, May 28, 2011

SAMBAL SARDIN ALA CIKNA


aduih terliur plak dengan sambal ni... tak menahan

sedap tau tak caya cubalah..


Ni bahan2 yang diperlukan simple jer... korang pun boleh buat tau... sedap

SAMBAL SARDIN ALA CIKNA
Bahannya:

-bahan untuk ditumbuk halus




  • 4 ulas bawang merah kecil


  • 3 ulas bawang putih


  • 1 inci halia


  • 1 batang halia - yg ni dititik ajer


-----------------------------------





  • 3 s/b cili kering- yg telah diblender


  • 1 tin besar sardin dlm sos tomato - biasa cikna pakai tin color merah


  • 1 biji tomato - belah 4


  • garam - secukupnya


  • 1 s/b gula


  • 2 helai asam keping


  • 1 cawan air


  • Minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-





  1. Tumis bawang2 tumbuk sehingga wangi, masukkan serai kacau sebati.


  2. Masukkan cili blender secukupnya dan tumis sebentar sehingga cili betul2 masak.


  3. kemudian boleh masukkan sardin dalam tin, masukkan air sedikit untuk kuah.


  4. biarkan mendidih sebentar, kemudian boleh masukkan tomato, garam, gula secukup rasa


  5. Bila dah masak bolehlah dihidangkan, makan panas2 mmg best sangat...


* kalau malas nak makan dgn nasi buat cicah dgn cekodok,lempeng atau roti pun sedap... tak caya cubalah....







Tuesday, May 24, 2011

ACAR SAYUR SEMPOI..




Bahan2nya;-


  • 1/2 biji kecil kobis purple- dihiris halus

  • 1/2 biji carrot - potong memanjang

  • 1 biji tomato - dipotong nipis

  • 1 biji cili merah besar 0 dihirs serong

  • 1 mangkuk nenas - yg telah dipotong baji nipis

  • 1 biji bawang kuning/ holland - dipotong bulat

  • 1/2 biji timun- dibuang biji tengah dan potong memanjang

~ semua bahan dicuci dan direndam dgn air garam sebentar


Dibancuh sekali sehingga hancur:-



  • 4 s/besar gula

  • 1 s/k garam

  • secubit ajinomoto

  • 1/2 cawan cuka

Cara2 membuatnya;-



  1. masukkan sayur2 tadi kedalam mangkuk besar.

  2. kemudian masukkan pula bahan2 B pula, kacau sebati sehingga ia mesra.

  3. Dah siap bolehlah dihidangkan bersama2 ayam masak merah dan nasi minyak atau pun nasi apapun yg anda suka yer...

SELAMAT MENCUBA....

NASI IMPIT KUAH KACANG BERLAUK



NASI IMPIT KUAH KACANG BERLAUK

Bahan2 yg diperlukan:- (6-7 orang)

1 bungkus Nasi Impit- Nona/Adabi
1 Paket kacang Tanah- goreng tanpa minyak
1/2 mangkuk daging yang telah - dipotong kecil2
-----------------------------------------------------
Bahan utk dikisar:-
5 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 s/b Cili Giling* ( ikut suka nak pedas tambah sukatan dia yer)
1 inci Belacan
1 btg Serai- dititik
1 inci halia
2 s/b udang kering- direndam
-----------------------------------------------------
1 keping Gula kabung / Gula Nisan
1/2 cawan minyak masak untuk menumis Garam (secukup rasa)
1/2 cawan air Asam jawa

Cara-cara memasaknya:-
1. Rebus nasi impit segara sehingga beras menjadi masak dan empuk serta pejal, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bhn2 kisar tadi kedalam kuali dan tumis bahan2 tersebut sehingga wangi dan terbit minyak
3. kemudian masukkan hirisan daging tadi,goreng sebentar kemudian boleh masukkan air sedikit dan biar daging empuk sedikit.
4. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk sedikit kasar , kemudian gaulkan sehingga sebati..
5. Biarkan mendidih sebentar betul2 masak. Last sekali bolehlah di masukkan bahan perasa secukupnya.. rasa manis, masin,masamnya... kalau ok kira korang dah paslah tu...hehe...

CADANGAN HIDANGAN:
~Bolehlah dihidangakn bersama2 dgn nasi impit yang telah dipotong cube..curahkan kuah kacang berlauk tadi keatasnya... emmm cikna pasti sekali korang makan pasti nak tambah lagi...

SELAMAT MENCUBA..

Monday, May 23, 2011

CEKODOK SAYUR AIR PANAS


CEKODOK SAYUR AIR PANAS
* rangup diluar, lembut didalam

Bahan2nya;-

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kobis- diracik halus
1 biji bawang merah besar- dihiris
1 s/besar udang geragau- cuci,tapis, ketepikan
--------------------------------------
Bahan cecair
* garam-secukupnya
* 1/2 s/kecil pati ayam
* air panas-secukupnya
~ bahan yg bertanda * hendaklah dibancuh sekali yer...
---------------------------------------
Minyak secukupnya

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan tersebut (kecuali bhn yg dicampur air) didalam mangkuk besar,
2. masukkan bahan cecair secara sedikit demi sedikit dan kacau dengan segera supaya bancuhan tidak bergentel...
3. Ulang langkah 2 sampai habis.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya.
5. kemudian goreng bancuhan tepung sehingga habis, dan menjadi seketul cekodok yang seksi seperti yg cikna buah dibawah yer...
6. dah siap goreng bolehlah dimakan bersama sambal kesukaan anda atau ikut jer mcm cikna buat cicah dgn sos cili life..emmm sedap...garing diluar dan lembut didalam....



SELAMAT MENCUBA KAWAN2....KALAU SEDAP HABAQ KAT TEMAN2 YG LAIN...

APAM COKLAT CHIP



Bahan2nya ;-

Bahan (A) ni ayak sekali yer..
1 cawan tepung gandum
1/2 s/k soda bikarbonat
1/4 cawan serbuk koko
-------------------------------------
1/2 cawan gula pasir + 2 s/b
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 s/k ovellet
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak/ mentega

Cara-cara membuatnya;-

Pukul telur bersama gula sehinga kembang
1. kemudian masukkan bahan A, kacau sehingga sebati, masukkan susu cair, susu pekat, ovellet kacau lagi sehingga kesemua bahan2 menjadi sebati ,
2. akhir sekali bolehlah masukkan pula minyak sedikit demi sedikit sehingga habis kacau lagi dan ketepikan sebentar sebelum dikukus.
3. Sapu acuan lompang dengan minyak, tuang adunan kedalam acuan jgn sampai penuh tau sbb nnt apam akan mengembang naik.
4. Kukus adunan selama 5 minit agak2 suku masak bolehlah dihiaskan dgn coklat chip. kukus lagi hingga adunan betul2 masak selama lg 10 minit sahaja.
5. ulang langkah 3 & 4 sehingga adunan apam habis.
dah masak sejukkan kemudian bolehlah dihidangkan utk minum petang...

BROCOLLI TUMIS BERSAMA BAWANG PUTIH


BROCOLLI TUMIS BERSAMA BAWANG PUTIH

Bahan2nya:-

* 2 ketul brocolli- dipotong2, cuci dan tapis
~ rebus air + garam 1 s/kecil dan celur sebentar brocolli
-----------------------------------------------------------
10 ekor udang - dicuci dan dibuang ekor & kepalanya
1 biji tomato - belah 6 bhg
2 s/besar sos tiram
1 s/kecil pati ayam
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang kasar
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis
air sedikit-utk kuah

Cara:-

1. Tumis bawang putih dgn sedikit minyak sehingga wangi.
2. kemudian masukkan udang goreng sebentar hingga udang suku masak, masukkan sos tiram, kacau bagi rata dan bolehlah dimasukkan brocolli, tomato.
3. last sekali masukkan air sedikit, pati ayam dan garam secukup rasa.
4. tak perlu masak terlalu lama yer sbb sayur tu dh dicelur terlebih dahulu. Agak2 udang dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama dengan lauk kesukaan anda.

SELAMAT MENCUBA...