Tuesday, July 23, 2013

KUIH LAPIS PELANGI / RAINBOW

 

Bahan2nya:
(Tapis,sukat adunan jadi 1500ml)
Loyang size: 8 inci

(A)
265gm Tepung Beras cap teratai (cap lain kuih jadi lembik)
30gm Tepung Gandum
30gm Tepung Ubi
250ml Santan pekat
250ml air biasa

(B)
250gm Gula pasir *
500ml Air *
2 helai daun pandan - koyak2kan dan simpulkan
( masak semua bahan sehingga gula hancur dan mengelegak)

Cara membuatnya:
1. Timbang semua bahan A dan bancuh sehingga sebati
2. Masukkan Bahan B yg tengah panas kedalam bahan A, kacau sebati
3. Tapis dan sukat bancuhan menjadi 1500ml
4. Bahagi bancuhan menjadi 2 bahagian (1 bhg merah 750ml & 1 bhg kaler putih 750ml)
5. Untuk Lapis rainbow bhgkan 6 bhg - 250ml setiap 1 bahagian (putih,ungu,biru,hijau,kuning,pink) * rujuk gambar diatas yer
6. Sediakan loyang 8 inci lapis dgn plastik dan glis dgn minyak
7, Mula kukus dgn lapisan bawah (putih) selama 5 minit dgn api besar
8 Diteruskan dengan kaler ungu dan lapisan seterusnya sehingga habis
9. lapisan terakhir (PINK) kukus selama 15minit sehingga masak.
10. dah siap sila sejukkan betul2 kemudian baru potong yer..

*  JANGAN POTONG KUIH TALAM AND SEMASA KUIH TGH PANAS NNT POTONGAN TAK CANTIK.

No comments: