Monday, January 10, 2011

SARDIN MASAK KARI







Aqu rasa tentu ramai diantara korang yang suka sangat makan sardin, C.I.N.T.A lah dengan lauk ni, kalau dulu time bersahor omak aqu suka sangat masak sambal sardin mmg luvly sedap bangat... nak2 sardin yg dalam sos tomato tin color merah tu, tp kalau tak de yang tu sardin yang cap ayam ni pun sedap gaklah... sardin ni boleh dioleh menjadi bermacam2 jenis menu contohnya :
  • Sardin Roll
  • Sambal Sardin
  • Kari Sardin
  • Sardin Masak Kicap
  • Gulai Lomak cili api sardin
  • Asam Pedas Sardin
  • Sardin Masak Kicap
  • Sardin Masak Black Paper
  • Sardin Goreng Kunyit
  • Paprik Sardin
  • Masak Pedas Sardin
  • Asam Rebus Sardin

fuhh kalau nak dilistkan mmg sampai besuk pun tak habis2 boleh buat kitab masakan tau.. oklah jom kita skodeng lauk apa yg pernah saya masak, nak kata baru tak delah tapi boleh tahanlah rasanya apapun pada yg berminat bolehlah cuba yer air tangan dari liena ni...

SARDIN MASAK KARI

Bahan2nya

  • 1 tin sardin
  • 3 s/b serbuk kari - gaulkan bersama air & daun kari
  • Air
  • 2 s/b cili kering blender *
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 ulas bawang merah kecik *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 kotak santan kotak
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 biji cili hijau
  • garam,gula,aji
  • 1 sudu kecil paste asam jawa ADABI

Cara memasak:

  1. Blender bahan yang bertanda *
  2. Tumiskan bahan yg telah diblender tadi sehingga naik bau dan kekuningan kemudian
  3. Gaulkan Kari bersama dgn air, daun kari dan pes asam jawa dan tumis
  4. gaul sehingga sebati dan biarkan bahan tadi betul2 masak dan terbit minyak
  5. Masukkan air dalam semangkuk bersama kentang ,kacau lagi biar ramuan tadi mesra dgn air, kemudian bolehlah masukkan sardin tin tadi bersama dgn santan, kacau tapi jangan sampai ikan hancur, kuah kari ikut suka kalau pekat boleh tambah lagi air.
  6. Biar sampai mendidih dan kentang empuk, kemudian boleh masukkan tomato,cili merah/hijau dan juga bagi rasa (garam,aji,gula) secukup rasa.
  7. Tara dah siap boleh dihidangkan bersama dengan nasi putih atau boleh jugak dimakan dgn apa jenis roti... makan dgn lempeng pun sedap tau..sedapppppppp

No comments: