hari ni malas tul nak mkn nasi bkn apa duk sorang2 kat umah kan so makan yg simple2 jer... ptg karang baru masak tuk anak2 n en somi.. drg ni mmg tak cerewet pun pasal makan janji mommy dia tak ngelat memasak.
cakap pasal menu lunch aku ari ni mmg simple n cepat giler bkn apa sibuk m'gejar masa nak tgk drama korea yg ditayarkan kat TV3 skang ni touching arr aku tgk drama ni. Tajuk drama tu "THANK YOU" suka plak aku melayan drama korea skang ni. maybe sbb pelakon dia cute meut kot..aku suka sangat tgk cara drg cakap mesti ada aerrrr aerrrr kat setiap ayat drg tu... comel sgt.. mmg tak jemulah tgk...
oklah jom kita tgk resepi simple hari ni yer, kalau sudi korang cubalah yer...
SIMPLE KUEH TEOW SUP
- masa: -+ 15 minit jer
- untuk 1 org mkn
Bahan2nya:
- 1 genggam Kueh Teow
- 1 pokok sawi
- sepotong kobis
- 2 keping carrot- ini liena tak letak pun sbb malas nk potong
- 1/2 biji cili merah besar
- 2 ulas bawang putih- diketuk
- 2 ulas bawang merah-dihiris
- minyak untuk menumis
- 1 mangkuk air
- 1 s/k pati ayam
- garam, aji-ikut sukalah
- 1 biji telur
- 1 potong sosoj
- 5 biji berbola/fishball
* nak letak seafood pun boleh- liena x letak sbb dh banyak sangat rencahnya
sambal kicap
- 5 ulas cili api - ditumbuk
- kicap manis
- gula, garam secukup rasa
Cara:
- Masukkan minyak kedalam kuali, kemudian tumis bawang putih + bawang merah sehingga wangi dan kekuningan.
- kemudian masukkan air dalam semangkuk, masukkan pati ayam kacau bagi rata, masukkan sosej, fishball, cili merah gaul mesra biarkan sampai mendidih.
- Bila dah mendidih masukkan pulak sayuran2 dan kueh teow tadi. Kacau bagi rata dan biarkan mendidih sekejap tapi jangan lupa bagi garam dan bahan perisa mengikut selera anda yer.
- akhir sekali masukkan telur biarkan mendidih sekejap... dh masak bolehlah dihidangkan.
- Untuk sambal kicap plak: tumbuk cili api, masukkan dalam mangkuk dan campurkan bersama kicap manis, gula garak sesuaikan rasanya dan bolehlah dimakan bersama KT sup tadi... nyumm..nyummm...
No comments:
Post a Comment