Saturday, April 23, 2011

Ikan Kembung Asam Pedas



Gulai Udang Masak Lomak Cili Api



Bahan2nya:
1/2 kg udang - dibersihkan
1 genggam cili api kg
8 ulas bawang merah kecil
2 batang serai- diketuk
1 kotak santan
serbuk kunyit
1 biji tomato- dibelah 4
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara:

Blender bawang merah, cili api dan serbuk kunyit sekali.

masukkan bahan yang telah diblender tadi kedlm periuk bersama2 air dan juga santan, jangan lupa masukkan serai yg telah diketuk tadi.


kacau biar serata, masukkan asam keping dan biarkan kuah mendidih seketika.


kacau kuah tadi jangan sampai pecah minyak kemudian masukkan udang bersama tomato.


masukkan garam secukup rasa, dan kacau dengan rata sehgga udang masak.tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama dengan ikan goreng dan ulam2an.

selamat mencuba!!!...

BINGKA ROTI BERLAUK


BINGKA ROTI BERLAUK

Bahan-bahan ( agak2 se family pun boleh mkn )
  • 8-10 keping roti - High 5/ gardenia pun boleh
  • 2 s/b serbuk kari daging- hot spicy ...
  • 2 biji bawang besar - ptg dadu
  • 5 ulas bawang putih - ptg dadu
  • 2 biji kentang - ptg dadu
  • 1 paket daging cincang - CAP RAMLY ~ kalau x de daging bugger pun sodap
  • 3 s/b minyak sapi/ butter
  • 2 s/b minyak masak
  • 1 s/t serbuk pati ayam
  • 1 s/b mayonis- untuk memberi rasa lemak dan menggebukan lagi bingka berlauk ni
  • garam, gula dan serbuk perasa- ikutlah secedap tekak kecik anda tu
  • 1 magkuk kecik sayur ABC/ campur ( lupalah pulak nak tulis awai2 tadi) - tp cik na tak letak anak2 x suka
  • susu segar untuk mencelup roti- kalau x de air pun boleh
  • 5 biji telur- dipukul sedikit

STEP 2: Cara-caranya:
  • Panaskan kuali masukkan minyak sapi dan minyak masak sekali yer kedlm kuali.
  • kemudian tumis bawang putih bersama bwg merah sehingga wangi dan kuning.
  • masukkan serbuk kari yang dibancuh dgn air tadi kedalam kuali, kacau sehingga serbuk kari betul masak dan terbit minyak.
  • kemudian bolehlah dimasukkan daging cincang bersama kentang tadi, gaul rata, bolehlah ditambah dgn sedikit air supaya kentang cpt empuk. S
  • setelah bahan2 tadi kering sedikit bolehlah dimasukkan bahan2 perisa mengikut citarasa anda. gaul rata dan sejukkan.

STEP 2:

  • Celup roti bersama susu segar.
  • Susun setiap kepingan roti diatas loyang yg telah digliskan dgn butter.
  • diselang selikan dengan inti yang telah siap dimasak tadi sehgg rata, lapiskan sekali lagi dengan telur.
  • ulang langkah pertama dan kedua sehingga habis seperti didalam gambar. sila rujuk kat sini yer....MY RESEPI BINGKA ROTI BERLAUK 
SELAMAT MENCUBA 

Sunday, April 10, 2011

DURIAN OH!!! DURIAN!!!

hari ni tekak terasa plak nak makan durian emm lepas pekena nasi kukus kelate kat TTDI Jaya tu kami merendek plak kat kota damansara g jumpa dgn En CIMB heheha... cik abe kita nak g tgk petih dia doh beranok ker belum hahahah.... belum tentu duit dlm akaun abe tu leh beranok pinok mcm akaun pak nil ehh ehh tetiba plak timbul nama pak nil dlm blogku ini tersedak2 pak nil skang ni... yerlah kan pak nil br jer habis hostkan AF9, sory yer pak nil che liena melalot plak mlm ni anyway kita lpakan citer pasal pak nil tu let's talk abt durian tadi, ni che na nak citerlah sikit ari ni kami semua ketagiah nk make durian plok.. aduihh melantak jer kejanya..badan dh mkn bam..bam dh ni.. tak perlah sekali sekala kan apa salahnya, dalam banyak2 jenis durian tu tekakku ini teringin pulak nk rasa DURIAN KING (DK) mak aikkk harganya boleh tahan RM15/kg ngalahkan mcm beli udang size xl kat econsave tu..tp sbb teringin sangat beli gaklah sebijik kena RM20 pening kejap pala otok aku ni tingatkan harga sebiji DK ni. x perlah abe kita belilah tuk rasa... dh th mcm mn rsnya sok2 klau org tyr leh bg testimonial sendiri kan...hahah mcm jual produk lak kan.. "ehh takkan singgah beli sebiji jer mommy" " adik sorang pun tak cukup ni" kata anak daraku aduih dik botok pala papamu kalau nak beli byok...kita cb plak durian D24 mcm mn plak, sbb termakan gak dgn skill mat indon tu terbeli gaklah kami 2 biji lagi D24 so bila tanya ttl berapa?? berpoloh japlah che na membayarnya 3 biji durian = RM60..korang rasa berbaloi tak??? emm bg che na kalau buahnya sedap sampai biji dia pun korang nak kunyah, che na rs it's ok ler... berbaloi2.. mat indon tu siap bagi free 1 biji lagi suh buah pengat..nak makan koreh emm sok jerlah che na tayang yer pengat durianku itu... emmm mata dah mengantuk ni esok ajerlah kita sambung lagi nite semua... love uol